APAKAH DOA NAJIB DIMAKBULKAN ALLAH.......???

on Nov 25, 2010



Najib pernah berkata pada perhimpunan agung UMNO tahun lepas berubah atau rebah.Pada saya ayat itu ialah doa,ya itu doa pertama Najib dalam perhimpunan agung UMNO dan mungkin di AMINkan oleh semua yang hadir termasuklah cucu tok guru dan banyak tok haru.Hari ni dalam melihat mood rakyat ternyata barangkali doa Najib telah dimakbulkan.Ada banyak sebab untuk BN rebah.

1)BN masih tidak berubah style main isu masih sama yaknilah menggunakan media untuk menabur fitnah.Hari ni BN silap mereka lupa betapa rakyat boleh mengakses maklumat untuk mengetahui yang haq dan bathil.Ini bukan cerita awal 90an yang mana rakyat payah memiliki komputer,hari ni semua rumah kebanyakkannya di bandar dah ada computer,ada internet jadi itu membentuk suatu budaya pemikiran baru sebenarnya yang bakal mempengaruhi gaya bertindak rakyat.

2)BN masih lagi terikat dengan gaya kepimpinan mengampu sana sini,buktinya berapa kerat pemimpin BN yang berani menegur Rosmah walaupun mereka menyedari jika Pak Lah jatuh kerana Khairy Najib pula kerana bini.Saya yakin jika suatu survey umum dibuat wanita yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia ialah Rosmah , mungkin kebencian rakyat lebih teruk terhadapnya dibandingkan daripada Khairy!!!

3)BN masih lagi mengekalkan style ala Firaun dengan memperkudakan polis,mahkamah dan sebagainya.Rakyat cukup meluat bila melihat polis sekadar memenuhi tempat-tempat ceramah daripada mengatasi masalah jenayah.

4)BN masih suka menyalahkan orang lain dalam soal tanggungjawab membangunkan Negara,bahkan isu Melayu Pulau Pinang terpinggir pun kerajaan PR yang kena sedangkan yang hilang tu zaman sapa?Terbaru soal ekonomi kita yang teruk ini pun Anwar yang menjadi mangsa,kononnya Anwar suka memburukkan Negara di luar.Bukankah Richad Branson dah sebut selagi kes liwat Anwar ni berjalan pelabur akan takut untuk datang ke Malaysia,apa maksudnya?maksudnya orang luar sudah hilang kepercayaan kepada sistem yang ada dalam Negara itu sebab pelabur lari!!!Tapi kata seorang menteri cabuk BN Branson tu usahawan minyak urut,tengok dulu beb hilang Putrajaya sapa yang nak urut sapa,jawatan menteri tapi mentaliti budak PASTI lagi baguih tau!!!

5)BN masih lagi berpecah sebenarnya walaupun setiap kali BN bermesyuarat Presiden parti-parti komponen akan kerenyeh macam kerang busuk.Lagi gigi boleh tokak mi kerenyeh la puas-puas.Bahkan ada sumber yang tak rasmi yang sebut ada arahan yang dikeluarkan untuk menyiasat beberapa syarikat jerung cina yang disyaki berpaling tadah dan menyokong kerajaan pakatan rakyat.Kalau jerung dah tak support maka apa akan jadi pada bilis yang pegang kuasa.Mampus cakap lu….habis la!

Ada banyak lagi sebenarnya,tapi nanti dulu….5 ni kalau Najib betul-betul faham maka boleh masuk wad balik,tapi sapa pula nak pangku?Dont worry Rosmah mari,gua lari…he..he...

kiyaiharaki.blogspot

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List