on Nov 30, 2010



WarkahDaily – Betapa tak sedar dirinya kerajaan bacul Perak pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang berlagak hebat apabila menghalang PAS daripada memghadiri sidang Dun yang hari ini.

Udah la dapat jadi kerajaan pun melalui ‘rampasan kuasa’ yang tidak bermaruah dan bukannya melalui cara yang adil iaitu demokrasi pilihanraya. Dengan maksud yang lain, kerajaan Perak sekarang ini bukanlah pilihan rakyat seperti di negeri-negeri lain.

Kerajaan pimpinan Zambry hanyalah kerajaan kudeta yang terbentuk hasil daripada lompatan beberapa ‘katak’ yang tidak amanah dengan undi rakyat terhadap mereka.

Namun puak-puak kudeta ni belum juga mengerti erti kemaluan apabila secara tidak demokratik dan fikiran tertutup pemimpin Umno-BN Perak telah pun menghalang PAS Perak daripada menghadiri persidangan Dun hari ini sebagai pemerhati.

Dalam laporan Harakahdaily, Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Misbahul Munir Masduki telah mengesahkan kerajaan kudeta Perak yang tidak membenarkan PAS negeri untuk hadir sidang Dun sebagai pemerhati.

Ia sekaligus menafikan hak kepada PAS Perak untuk menjadi pemerhati ke persidangan Dun berkenaan, kata Misbahul.

Menurut beliau, PAS Perak telah memohon kepada setiausaha dewan untuk menghantar wakil sebagai pemerhati tetapi belum lagi mendapat jawapan daripada pihak Speaker.

Selain dari PAS negeri, Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan PAS kawasan-kawasan difahamkan telah menghantar surat memohon mendapat kebenaran mengikuti sidang Dun hari ini.

"Kita sungguh kesal dengan tindakan ini, sedangkan sewaktu Pakatan Rakyat menerintah negeri ini, semua pihak diberikan kebebaran untuk mengikuti sidang Dun.

"Ini menunjukkan kerajaan BN sekarang tidak mahu maklumat tentang sidang Dun diketahui umum, sekaligus menyekat kebebasan rakyat untuk mendapatkan maklumat," katanya.

Apa yang depa nak takut? PAS Perak datang bukannya mahu berdebat atau berceramah tapi sebagai pemerhati sahaja. Kalau PAS datang untuk berdebat dengan Umno-BN, penulis tidaklah rasa pelik dan janggal kerana sejarah membuktikan yang Umno-BN memanglah parti pemerintah yang pengecut dan bacul bila nak berhadapan dengan PAS. Mereka hanya berani bila berselindung di belakang polis dan jentera-jentera kerajaan yang lain.

Itulah kedudukan kerajaan yang dikatakan kuat dan kukuh oleh Zambry sehingga jelas menunjukkan mereka teramat takut dengan bayang-bayang sendiri. Sungguh memalukan dan memualkan.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List