DARI TENANG KE MERLIMAU......

on Jan 31, 2011

MELAKA MAJU....

Sekitar jam 3.00 pagi beberapa rumah di kg Tehel telah dinaiki air. Pakatan Rakyat apa lagi tunjukan muka kamu. Jangan lah masa nak mengundi baru nampak muka.

BN menang di Tenang seperti diramalkan. Ambil lah Tenang sebab memang kubu kuat BN. Banyak spekulasi mengatakan Tenang bakal dirampas oleh PR tetapi hakikat nya hampas. Cuma untuk menyedapkan hati ahli dan pengikut Pakatan Rakyat. 

Sebenar nya memang peluang  ada di Tenang tetapi Pakatan sendiri yang tidak tahu mengeksploitasi kan keadaan dan ruang pada masa dan ketika. Semua bibit kemusnahan bermula dari dalam parti PKR sendiri. Belum lama berlalu pemilihan PKR yang banyak berlaku salah guna kuasa oleh pemimpin tertinggi PKR dan ketua umum nya tetapi semua nya di letak bawah kapet. 

Orang melayu masa kini bukan bodoh totok seperti zaman Anwar Ibrahim di singkirkan  dari jawatan dan parti. Selepas penyinkiran itu orang melayu ramai yang bangkit melalui gerakan reformasi dan penyebaran maklumat pula di ceriakan oleh media internet malah turut di sertai oleh kaum cina dan india. Semangat reformasi cukup menebal pada waktu itu sehingga lah terpenjara nya Anwar Ibrahim.

Siapa kah mereka mereka yang dari kalangan reformasi pada saat ini berjaya dalam PKR???. Hanya beberapa kerat aje yang dapat menonjolkan diri itu pun setelah penat berpencak silat dalam pentas reformasi dan gelora politik PKN dan PKR.

Majoriti nya adalah mereka mereka yang berperut boroi, berkot dan bertali leher atau setidak tidak nya berbaju batik dengan perut terkehadapan. Mereka mereka ini lah yang terkesing kesing dalam penubuhan PKN @ PKR. Semua mereka ini menggunakan nafas penglihatan dan pendengaran  BN dan UMNO. Kalau dah itu lah acuan nya begitu lah rupa bentuk kesudahan nya. Jadi dapat dilihat pada hari ini, waktu ini arah tuju PKR sebenar nya. Tidak ada yang baru dalam hala tuju PKR.

Dalam hal PRK Tenang, Pakatan memang dilihat mempunyai peluang untuk merampas kerusi DUN Tenang. Calon PAS sudah cukup kuat untuk mencabar calon BN. Tetapi jangan lupa masyarakat Felda yang telah yang telah dicop sebagai fix deposit UMNO sebenarnya masih terdapat ruang yang boleh ditembusi oleh Pakatan Rakyat. Tetapi hasil temubual dengan beberapa peneroka yang boleh dianggap tegar dan condong kepada PR, mereka begitu kecewa dengan PKR terutama nya Anwar Ibrahim hasil dari pemilihan PKR baru baru ini.

Begitu lah kalau merasakan diri  terlalu ego konon nya berkarisma dan beraura maka kesombongan diri tidak dapat dikawal lagi. Maka akan hilang lah segala apa yang telah di capai dan akan hilang lah segala sokongan. Kalau ini jugak tidak menginsafkan diri akan terbungkus lah parti PKR dan akan mengheret Pakatan Rakyat akhir nya.

Tidak lama lagi  PRK Dun Merlimau pula. Ada sumber menyatakan PKR akan meletakan calon nya. Sedangkan muafakat dalam Pakatan belum lagi dijalankan. Nampak sangat yang PKR terlalu tamak dalam merebut kerusi tersebut. Adakah PKR mempunyai calon yang sesuai???. Kalau setakat  Shamsul tak payah lah buat habiskan beras ajer. Aku sendiri pun tak akan beri undi aku kalau pun layak.... Berubah lah wahai Anwar Ibrahim dan pemimipin pemimpin yang sewaktu dan sekutu dengan nya demi perjuangan Pakatan Rakyat dalam menuju ke Putra Jaya......Renungkan lah. !!!

Pagi tadi sekitar jam 3.00 pagi beberapa rumah di TEHEL telah dinaiki air. Tidak kelihatan pun muka muka Pakatan Rakyat melawat kawasan tersebut. Patut kah mereka mereka ini diberi undi dalam pilihanraya.


bukan aku aje yang cakap lagu ni.....Baca Sini

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List