Tekanan semakin dirasakan oleh Presiden Mesir Hosni Mubarak berikutan bantahan rakyatnya yang semakin meluas , dan ada d iantaranya yang meminta supaya dia meletakkan jawatan.
Protes yang berlaku di Mesir menyebabkan kerajaan Mubarak mengambil beberapa langkah terdesak yang tidak pernah berlaku sebelum ini seperti memutuskan talian Internet dan satu perintah berkurung untuk semalaman.
Mubarak memegang jawatan Presiden sejak selepas peristiwa pembunuhan Presiden Anwar Sadat pada 1981, sehinggalah dia berusia 82 tahun. Tiada sesiapa pun pernah membayangkan bahawa dia akan memerintah sepanjang tempoh ini.
Golongan autokrat -- yang digambarkan oleh Foreign Policy sebagai "nyanyuk dan paranoid" ini -- sekarang menghadapi satu siri bantahan keras yang belum pernah berlaku sebelum ini dari rakyat Mesir, dipercayai mendapat inspirasi melalui peristiwa penggulingan Presiden Tunisia oleh rakyatnya. Antara perkara yang menjadi bantahan penunjuk perasaan ialah: Mubarak sering memenjarakan ahli politik pembangkang di penjara tentera selama tempoh hampir 30 tahun pemerintahannya, ditambah pula dengan ketiadaan bakal penggantinya yang sesuai.
Lihat beberapa fakta berkaitan pendekatan kontroversi Mubarak selama pemerintahannya.
Mubarak memegang puncak kuasa selepas Presiden Mesir Anwar Sadat (kiri) dibunuh pada 1981 , dan sejak itu ia mendapat kritikan di atas tindakannya yang melanjutkan Emergency Law . Di dalam situasi 'darurat', kerajaan boleh menahan mana-mana individu pada bila-bila masa , tanpa sebarang alasan dan sebab dan boleh menahan mereka di dalam penjara tanpa perbicaraan tanpa sebarang had masa. Emergency Law di Mesir sama seperti undang-undang ISA (Internal Security Act) yang digunapakai oleh kerajaan Malaysia.
Mubarak sering 'menutup rapat' mana-mana pemimpin politik pembangkang. Dia telah menentang sebarang perubahan politik walaupun mendapat tekanan daripada sekutunya Amerika Syarikat, yang telah memberikan berbilion dolar untuk ketenteraan dan pelbagai bantuan lain kepada Mesir sejak ia menjadi negara Arab yang pertama berdamai dengan Israel dan menandatangani satu perjanjian pada 1979.
Mubarak telah lama menindas Muslim Brotherhood -- satu pergerakan transnasional Islami dan organisasi politik pembangkang terbesar di Mesir. Ramai yang ingin menjadi ahlinya telah ditangkap. Ini menyebabkan ramai ahlinya yang keluar dan bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya kebangsaan , dan berjaya mencipta kejutan apabila menang semasa pilihan raya 2005.
Terdapat spekulasi yang tersebar luas bahawa Gamal Mubarak, anak lelaki Hosni, sedang dilatih dan dibentuk untuk mewarisi jawatan Presiden Mesir daripada Mubarak pada 2011. Seorang wartawan berkata jika perkara itu berlaku ia akan menjadi "pemerintahan monarki 'palsu' yang berterusan turun-temurun."
Setiap enam tahun, Mubarak akan mengadakan satu pilihan raya 'palsu' untuk mengekalkan kedudukannya sebagai presiden. Pada 2005, tiada pemerhati antarabangsa dibenarkan untuk memantau pilihan raya dijalankan.
Seorang calon pembangkang Dr. Ayman Nour, seorang calon bagi parti Al-Ghad, bertanding dalam pilihan raya 2005 yang mana dimenangi Mubarak lalu meminta supaya diadakan ulangan proses pengundian.
Pada 24 Disember tahun itu, Nour telah dijatuhkan kesalah kerana melakukan penipuan dan dijatuhkan hukuman melakukan kerja berat selama lima tahun dan insiden ini dilihat sebagai penganiayaan politik.
Rejim Mubarak secara terbuka dan tanpa rasa malu mengakui tidak menjadi kesalahan berbohong kepada berpuluh-puluh juta rakyat Mesir: Al-Ahram, akhbar terbesar, tertua dan "paling dihormati" dalam dunia Arab telah dikesan membuat pemalsuan sekeping gambar Presiden Hosni Mubarak. Kebebasan akhbar di Mesir sekarang berada di tahap 133 daripada 168 negara.
0 comments:
Post a Comment