Kenapa Berlaku Ketirisan Ini........???

on Jan 4, 2011

Kesan Semula Ketirisan RM340 Billion, Biaya Sekolah Usang......???


Kenyataan Timbalan Perdana Menteri yang juga merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin  yang mendakwa seolah-olah kerajaan tiada kemampuan untuk membiayai kos pembaikan sekolah-sekolah yang usang adalah amat memeranjatkan.

"Jumlah RM30 juta buat 300 buah sekolah usang ini hanya akan melibatkan peruntukan sebanyak RM9 billion walhal Kementerian telah diperuntukkan sebanyak RM36  billion buat Perbelanjaan sepanjang 2011 ini,

"300 buah sekolah usang yang kini telah diklasifikasikan sebagai ‘menghadapi risiko keruntuhan’, kenyataan Muhyidin adalah sesuatu yang amat memeranjatkan,"dakwa Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media hari ini. 

Zuraida juga menempelak, dengan kenyataan Muhyiddin itu, membenarkan sikap kerajaan pusat yang tidak ikhlas dalam membuat peruntukkan bagi pembangunan pendidikan.

Dalam kenyataan tersebut, Zuraida yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa kerajaan Pusat dibawah pimpinan Umno dan Barisan Nasional sebagai 'kerajaan Lanun'.

"kerajaan lanun Umno-BN selama ini apabila dengan awal-awal lagi hanya memperuntukkan  RM6 billion buat Pembangunan berbanding RM29 billion buat menanggung kos Pengurusan Kementerian Pelajaran. Ini bermakna, kerajaan lanun Umno-BN memang tidak pernah merancang untuk menyelamatkan sekolah-sekolah usang ini, walaupun sedia tahu ianya melibatkan keselamatan dan nyawa anak-anak serta guru-guru kita,"jelasnya.

Justeru, beliau yakin, jika ketirisan dari perbelanjaan negara berjumlah RM340 billion, dapat dikesan dan diperolehi semula, masalah kekurangan peruntukan ini tidak akan berlaku.

"(Ketirisan) sebanyak RM100 bilion telah berlaku sepanjang 22 tahun di era Tun Mahathir, dan ketirisan RM240 bilion sepanjang 5 tahun pemerintahan PM berikutnya seperti yang dilapor Brian Wain,

"(sekiranya) dapat dikawal dan dikesan semula, pastinya masalah kekurangan peruntukan ini tidak akan berlaku,"katanya.

Justeru, beliau menggesa TPM bekerjasama dengan Kementerian Kewangan, Jabatan Audit, SPRM, PDRM dan badan berkaitan lain untuk segera mengesan semula semua wang ketirisan sebanyak RM340 billion tersebut bagi menjaga keselamatan anak-anak dan para guru yang belajar dan bertugas di 300 buah sekolah usang terbabit.

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/puadsekolahusang.jpg
Sebelum ini, Kementerian Pelajaran dilaporkan perlukan peruntukan RM500 juta untuk membina dan menaik taraf 576 bangunan sekolah usang di seluruh negara dalam peruntukan pusingan pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) mulai bulan depan.

Timbalan Menteri, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata berdasarkan laporan jawatan kuasa audit kementerian, bilik darjah sekolah berkenaan berada pada tahap amat kritikal dan memerlukan bangunan baru.

“Kementerian akan berusaha memohon peruntukan itu khususnya membina dan menaik taraf enam peratus bangunan sekolah sangat kritikal daripada kira-kira 9,600 sekolah yang diaudit di seluruh negara,” katanya selepas melakukan lawatan kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanamun, Kota Belud, Sabah.

Hadir sama Pengarah Pelajaran negeri, Datuk Dr Muhiddin Yusin; Guru Besar SK Nanamun, Alkesah Bidin dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Pinjaman Hassin.

Mohd Puad, berkata, antara bangunan sekolah amat kritikal adalah SK Nanamun yang memerlukan pembinaan bangunan baru kerana sukar dinaik taraf, termasuk pendawaian semula dan struktur bangunan sudah reput.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List