PERGOLAKAN DI MESIR.....

on Feb 3, 2011

Empat Mati, 13 Cedera Dalam Pergolakan Di Kaherah - Al-Arabiya




KAHERAH: Empat orang terbunuh dan 13 lagi cedera apabila penyokong Presiden Hosni Mubarak menembak penunjuk perasaan anti-kerajaan yang berkhemah di Dataran Tahrir, lapor Al Arabiya yang memetik kenyataan seorang doktor di tempat kejadian.

Sementara itu semua penuntut Malaysia di Mesir dalam keadaan sihat dan selamat dan berada dalam kumpulan besar serta mempunyai bekalan makanan yang mencukupi, kata Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Shahlan Ismail.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa para penuntut di tanah air supaya tidak bimbang kerana delegasi Malaysia yang diketuai Timbalan Menteri Luar Senator A.Kohilan Pillay yang kini berada di Kaherah sejak Isnin sentiasa memantau keadaan semasa di negara yang sedang bergolak itu.

"Mereka semuanya Alhamdulillah selamat dan sihat, makanan semua ada cuma pergerakan terhad akibat daripada perintah berkurung yang dikenakan, itu sahaja. Demonstrasi oleh rakyat Mesir setiap hari itu biasa, dan tidak menjejaskan pelajar," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau yang turut serta dalam delegasi itu kesal dengan sikap penulis blog yang sesuka hati menulis keadaan di Mesir tanpa menghiraukan perasaan keluarga di tanah air dengan membuat pembohongan berbanding keadaan sebenarnya.

"Janganlah percaya blog-blog ni semua, tolong ikut saluran yang disediakan kerajaan, kalau dari blog, biar sumber itu rasmi dan boleh dipercayai kalau tiba-tiba dapat tau, jangan terus percaya," katanya.

Mengenai dakwaan beberapa pelajar bahawa mereka perlu membayar harga tertentu untuk dibawa pulang dari Jeddah ke tanah air, Shahlan berkata itu sebenarnya adalah salah satu pilihan disediakan bagi mereka yang mampu.

"Setibanya pelajar rakyat kita (Malaysia) di Jeddah, mereka akan dibawa pulang tetapi tarikhnya belum ditentukan lagi bila penerbangan akan disediakan.

"Oleh itu, siapa yang mampu boleh balik awal tetapi kena beli tiketlah macam penerbangan biasa dan urusan pembelian kita akan uruskan," katanya.

Beliau berharap para ibu bapa jangan cepat melatah dan bimbang kerana pelajar yang dihantar belajar ke Mesir adalah mereka yang terbaik dan mampu menghadapi situasi di Mesir terutamanya ketika dalam kesusahan.

"Apa yang terbaik, kita semua mendoakan agar misi ini berjaya dan semua rakyat Malaysia di sini berjaya dibawa keluar dengan selamat," katanya.

Mesir mula bergolak akhir bulan lalu apabila rakyatnya mula mendesak agar Presidennya Hosni Mubarak yang telah memerintah selama 30 tahun meletak jawatan dan diadakan Pilihanraya Presiden tetapi ia ditolak oleh Mubarak.

Akibatnya, sebahagian besar rakyat Mesir mula merusuh menuntut perubahan akibat masalah ekonomi, rasuah dan pengangguran yang teruk di negara itu sehingga melibatkan pertumpahan darah.

Presiden itu diberi tempoh sehingga Jumaat ini oleh tokoh pembangkang Mesir Mohamed ElBaradei untuk meletakkan jawatan tetapi ditolak sekali lagi sebaliknya beliau berikrar untuk tidak bertanding pada Pilihanraya Presiden Mesir yang dijangka pada September ini.


TERKINI!!


TERKINI!! Krisis Mesir: Lima Terkorban Akibat Rempuhan Penunjuk Perasaan!!





Sebentar tadi, Menteri Kesihatan Mesir memaklumkan seramai lima penunjuk perasaan anti-kerajaan dan pro-kerajaan bertembung sesama sendiri dalam rempuhan yang berlaku jam 4 pagi waktu tempatan (10 pagi waktu Malaysia).

Keadaan kelam-kabut terus melanda Tahrir Square tempat berlangsungnya protes ant-kerajaan sejak Jumaat lalu.

Tentera yang mengawal setiap laluan masuk ke dataran tersebut juga memaklumkan penunjuk perasaan pro-kerajaan Presiden Hosni Mubarak berundur ke bahagian selatan Kaherah bagi menyusun barisan baru untuk masuk semula ke dataran itu.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton berkata beliau mengutuk serangan terbaru yang menyebabkan lima orang penunjuk perasaan terbunuh.

Lagi berita menyusul selepas ini.


Bursts of heavy gunfire aimed at anti-government demonstrators in Cairo's Tahrir [Liberation] Square, left at least five people dead and several more wounded, according to reports from the Egyptian capital on Thursday.

Sustained bursts of automatic weapons fire and powerful single shots began at around around 4am local time (2.00GMT) and was ongoing more than an hour.

Pro-democracy protest organiser, Mustafa el-Naggar, who's in Tahrir Square, said the gunfire came from at least three locations in the distance. He said the Egyptian military entered the square with tank squads to try to keep some order, but did not intervene.

An Al Jazeera online producer in Tahrir Square witnessed doctors attending to two gunshot victims, one who was shot in the head. "There was a puddle of blood on the concrete beneath the man ... but he still had a pulse and might survive," our producer said.

The gunfire marks an escalation of tensions, which began on Wednesday when supporters of embattled president Hosni Mubarak charged into Tahrir Square - some on horses and some on camels - clashing with pro-democracy demonstrators gathered there.

Protesters from both sides fought pitched battles in Tahrir Square, the epicentre of ongoing demonstrations against Hosni Mubarak, which entered their tenth day on Thursday.

Pro-Mubarak supporters also threw Molotov cocktails and homemade bombs at opposition protesters, who erected makeshift barricades around the square. Our online producer there visited an ad hoc 'prison' where protesters had captured around six pro-Mubarak supporters.

The Egyptian army reportedly also arrested several people following the violence early on Thursday, however the numbers were unconfirmed.

Hillary Clinton, the US secretary of state, condemned the "shocking" bloody clashes that rocked Cairo, in a call to Vice President Omar Suleiman.

"The secretary urged that the government of Egypt hold accountable those who were responsible for violent acts," the state department said in a statement.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List