Permohonan cabar perintah gantung ANGKASA ditolak

on Mar 12, 2011

ADA EMAS KE KAT SITU.......



Setiausaha Agung Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) cawangan Kuala Lumpur, Datuk Mustapa Kamal Maulut hari ini gagal dalam permohonannya untuk mencabar perintah penggantungan oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA).

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Aziah Ali menolak saman pemula Mustapa untuk mencabar keputusan ANGKASA yang menggantungnya daripada menyertai mana-mana persidangan atau mesyuarat koperasi itu bagi tempoh lima tahun.

Dalam penghakimannya, Aziah berkata, pertikaian antara Mustapa dan Angkasa harus dirujuk ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk menyelesaikan kemelut itu mengikut Seksyen 82(1) Akta Koperasi 1993.

Beliau berkata, plaintif (Mustapa) adalah ahli ANGKASA, sehubungan itu, beliau terikat dengan Akta Koperasi dan Undang-undang Kecil ANGKASA dan pertikaian itu termasuk mengikut Seksyen 82(1) dan harus dirujuk ke Suruhanjaya Koperasi untuk keputusan.

"Adalah terlalu awal bagi plaintif (Mustapa) merujuk pertikaiannya ke mahkamah untuk penyelesaian, tanpa terlebih dahulu mematuhi spesifikasi di bawah Seksyen 82," katanya.

Aziah menolak permohonan itu dengan kos RM3,000.

Mustapa yang juga Pengerusi Koperasi Pendidikan Islam Malaysia Berhad (Ukhwah), iaitu anggota di bawah ANGKASA, apabila ditanya sama ada beliau akan mengemukakan rayuan berkata beliau akan menimbangkan perkara itu.

Mustapa bertanding untuk jawatan Presiden ANGKASA pada persidangannya pada 19 Disember 2009, memfailkan saman itu pada 26 Oktpber tahun lalu.

Mustapa dalam samannya, memohon mahkamah mengisytiharkan keputusan ANGKASA yang menggantungnya pada 26 Ogos tahun lalu, sebagai tidak sah dan terbatal kerana tiada sebarang peruntukan dalam Undang-undang Kecil ANGKASA untuk melucutkan hak peribadinya bagi menghadiri mana-mana persidangan kebangsaan, persidangan negeri atau mesyuarat ANGKASA.

Beliau juga menuntut ganti rugi, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Mustapa kalah kepada Presiden ANGKASA Prof Ali Baharom untuk merebut jawatan Presiden ANGKASA dengan perbezaan majoriti yang kecil iaitu 47 undi. 

- Bernama

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List