Tempias Tsunami: Rumah Bergoyang Di Kampung Gajah

on Mar 12, 2011



Kampung Gajah: Ratusan penduduk di lima kampung di daerah ini panik selepas ribut persis puting beliung menerbangkan atap serta menyedut dinding puluhan rumah penduduk yang diperbuat daripada kayu, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, kebanyakan penghuni rumah berehat apabila angin kencang disusuli hujan lebat melanda kampung Teluk Memali, Kampung Pulau Juar, Kampung Raja, Kampung Biak, Kampung Teluk dan Kampung Bandar Tua.

Penduduk Kampung Biak, Osman Dauna, 84, berkata dia dan keluarga berada di dapur apabila terdengar deruan angin kuat disusuli hujan lebat.

Menurutnya, ribut itu terlalu kencang hingga menyebabkan rumahnya bergoyang seakan mahu terangkat.

“Dalam keadaan cemas itu, saya terkejut apabila dahan durian sebesar pemeluk tumbang lalu menghempap bucu anjung rumah.

“Bagaimanapun, tiada kecederaan berlaku kerana kami sempat mencari perlindungan,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohamad Abdullah, 54, berkata sekurang-kurangnya 20 rumah di enam kampung terbabit rosak teruk akibat kejadian ribut berkenaan. Menurutnya, ribut yang pertama kali itu berlaku menyebabkan atap zink kebanyakan rumah penduduk kampung tertanggal dan terbang.

“Bumbung rumah saya diterbangkan ribut sebelum air hujan melimpah masuk. Hampir seluruh perabot dan perkakas rumah dibasahi hujan.

“Ribut itu turut menyebabkan puluhan pokok durian dan mempelam tumbang, termasuk menghempap talian elektrik dan telefon,” katanya. Wakil Pejabat Daerah Kampung Gajah, Noor Samsul Mustafa yang melawat ke tempat kejadian berkata, ribut menerbangkan hampir semua bumbung dan atap zink rumah penduduk di enam kampung terbabit.

Menurutnya, bencana itu turut menyebabkan tiga rumah penduduk dihempap pokok mempelam di Pulau Juar dan dua rumah ditimpa dahan durian di Kampung Biak dan Kampung Bandar Tua.

“Semua kerosakan akan dibaiki segera manakala atap rosak diganti baru,” katanya. 



hm



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List