Serangan peribadi :Mengapa Anwar terlalu bersabar.....???

on Mar 12, 2011

"Dato Seri Anwar Ibrahim secara terus menerus dilanda serangan dan dakwaan peribadi yang mengitkan beliau dengan salah laku seks khususnya perbuatan liwat,Sejak 13 tahun yang lalu cerita Liwat ini terus disegarkan di minda rakyat Malaysia dan dijadikan senjata ampuh bagi pihak UMNO-BN menyerang Anwar.Anwar juga dilabelkan sebangai pengkhianat bangsa, agama dan negara serta dikaitkan dengan agen yahudi.

Namun Anwar masih mengambil sikap tidak mahu melayan akan tuduhan2 yang dilemparkan terhadap diri beliau.Walaupun Anwar ada menjawab segala tuduhan2 berat tersebut namun ruang liputannya amat terhad sekali dengan kekangan yang dihadapi oleh pihak kerajaan.

Terbaru Tun Dr Mahathir dan Umi Halfida kembali dan terus menyerang Anwar dengan dakwaan Liwat pada cara yang lebih dasyat bagi meyakinkan masyarakat bahawa dakwaan mereka adalah memang benar.Kelihatan mereka berdua ini begitu yakin mempertahankan dakwaan tersebut terhadap Anwar.

Umi kali ini telah menjadi penceramah utama dalam siri2 kempen UMNO-BN dalam PRK Merlimau dan Kerdau yang lepas sebagai kempen meraih sokongan rakyat dalam menceritakan kembali isu liwat ini.Tidak dinafikan tindakan Umi ini mendatangkan impak kepada sebilangan rakyat yang mendengar ceramahnya ada yang makin percaya dan ada juga yang dulunya tidak percaya sudah mula percaya.Dengan penceritaan Umi yang begitu transparent membuatkan ia seolahnya memang benar.Ditambah pula dengan lafaz sumpahnya setiap kali berceramah.

Tun Dr Mahathir pula secara confiden memuatkan kisah cerita liwat Dato Seri Anwar Ibrahim di dalam buku terbarunya Doctor In the House yang memuatkan 20 halaman berkenaan bagaimana cerita liwat ini timbul.Ini secara langsung telah menggambarkan bahawa cerita liwat ini memang benar berlaku dan sememangnya Anwar seorang peliwat seperti yang didakwa oleh mereka berdua ini.Dan sudah tentunya rakyat Malaysia yang sejumlahnya akan terus keliru dan mula percaya ia adalah dakwaan benar.

Namun cara Anwar berhadapan atau menjawab tomahan dan dakwaan terhadap beliau amat mengecewakan.Beliau hanya menyatakan ia tidak benar dan rakyat Malaysia sudah mampu menilai akan kebenaran tuduhan salah laku seks terhadap beliau.Adakah sudah cukup Anwar menjawab dengan cara yang demikian sedangkan propaganda yang dimainkan oleh pihak media kerajaan begitu dasyat sekali dalam mempengaruhi pemikiran rakyat Malaysia dalam isu yang dimainkan.

Anwar sepatutnya perlu sedikit agresif dan bertindak selari dengan cara musuh beliau dalam berhadapan dakwaan jahat terhadapnya kali ini. 13 tahun sudah cukup bagi mereka yang terus menerus menabur fitnah yang mengaibkan DS Anwar Ibrahim.Anwar perlu bertindak menghentikan serangan yang bertali arus ini.Anwar tidak boleh lagi bertindak menunggu atau bersabar dengan keadaan yang semestinya tidak menyebelahi beliau.



Lihatlah hari ini ada juga tokoh agama yang mempertahankan bahawa liwat ini memang bear berlaku walaupun terlalu banyak keraguan untuk mempercayainya.Untuk Anwar, lakuakn sesuatu yang lebih berkesan dalam menepis dakwaan terhadap beliau kerana adalah amat penting bagi Anwar bertindak meyakinkan kepada rakyat bahawa tuduhan salah laku seks terhadapnya adalah fitnah belaka dan patut ditentang dengan cara yang dituntut oleh agama".



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List