DARI SEBALIK TEMBOK.......

on Apr 29, 2011


Pakatan Rakyat makin terdesak, anarki sedang dijana




Maklumat dalam menunjukan Anwar “Mat King Leather” Ibrahim  juga hadapi tekanan bila ‘pembiaya utama’ PKR John Soh Chee Wen, yang juga tuan punya bangunan pejabat PKR Pusat di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya telah mengambil keputusan untuk meninggalkan beliau. Perbalahan bermula apabila PKR mengenakan tindakan disiplin ke atas 12 orang Ketua Cabang PKR Sabah yang berpaksi kepada Dato’ Dr. Jeffrey Kitingan.

John Soh telah meminta Ketua Umum PKR itu campur tangan, tetapi gagal buat apa apa. Sejak itu beliau beralih sokongan kepads Dato’ Zaid brahim. Akibantnya, Soh telah arah pejabat PKR dibangunan tersebut dikosongkan dan sebaliknya untuk beri laluan kepada parti KITA yang diterajui Zaid.

John Soh juga dimaklumkan adalah pembiaya kepada Raja Petra “Anarkis Siber” Kamaruddin  ketika berada di London.

Selain itu, dalam tempoh terdekat ini Dato’ Shazryl Eskay akan buat pendedahan perjumpaan beliau dengan Anwar sebelum klip video didedah pada peringkat awal. Dato’ Eskay memaklum dalam perjumpaan tersebut Anwar telah mengarah beliau yang ada hubungan dengan Selatan Thai untuk mengumpul masyarakat kawasan tersebut untuk bersatu dengan penyokongnya di Malaysia untuk mengujudkan huru hara kearah kebangkitan rakyat seperti mana berlaku di Mesir baru baru ini.

Dalam pada itu, dilaporkan juga Penasihat parti Chauvinis Cina DAP Lim Kit Siang meminta supayaSetiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyokong Mantan-banduan-salah-guna-kuasa Anwar dalam isu video klip ini. Ini bertujuan untuk mengelakan perpecahan dalam Pakatan Rakyat lanjutan perbalahan kalangan pemimpin Pakatan Rakyat dalam isu ini.
Forum pasca PRN  Sarawak “The impact on coming general election” telah dianjurkan pada Khamis 28 April 2011 di Dewan Serbaguna Chai Leng Park, Seberang Perai Tengah.  Akhbar Kwong Wah Jit Poh (KWJP) menganjurkan forum melibatkan wakil DAP, PKR, Gerakan dan MCA ini. Kira kira 850 orang telah hadir, terdiri dari ahli dan penyokonng parti yang terlibat. Forum dalam Bahasa Mandarin ini dikendalikan oleh Editor KJWP Lim Seong Eng dan disertai empat orang ahli panel ie Wakil DAP Chong Eng, Wakil MCA Eng Hiap Boon, Wakil Gerakan Dr Thor Ching Gee dan Wakil PKR Law Choo Kiang.

Pada keseluruhnnya wakil parti Pakatan Rakyat menyatakan kemenangan di Sarawak baru baru ini atas faktor kesedaran rakyat yang mula menolak BN  manakala wakil BN pula terus memberi tumpuan kepada usaha untuk memenangi semula hati masyarakat terutama sekali masyarakat Cina dan mempertahankan dasar Kerajaan BN.

Forum ini jelas masyarakat Cina boleh duduk untuk membincangkan isu yang dekat disanubari mereka tatkala Anwar semakin memecah belahkan masyarakat Melayu dengan pembohongan yang berpanjangan dan strategi memperkudakan emosi orang orang Melayu. PRU 10 November 1999 telah membuktikan bahawa emosi orang Melayu boleh diperkudakan sehinggakan undi orang Melayu amat tiris.

Jelas Anwar terus menerus memutar belitkan keadaan dan memanipulasi semua yang berlaku, untuk memperkudakan emosi orang Melayu bahawa beliau telah dizalimi. Dalam masa yang sama, masyarakat Cina bergerak untuk mengadakan kesefahaman strategik walaupun menyokong parti yang berbeza. Ini kerana undi masyarakat Cina merupakan ‘undi strategik’ yang menjadi ‘penentu’ dalam satu satu pilihan raya apabila dua calon yang bertelagah itu adalah antara BN dan PAS atau PKR.

Dalam banyak kawasan di Pantai Barat Semenanjung, demografi pengundi merupakan 60% orang Melayu dan 40% Bukan Melayu. Sekiranya pemimpin Chauvinis Cina DAP mampu mengusasai ‘penentu polar pengundi’ dalam kawasan ini, maka mereka akan berada dalam kuasa strategik apabila Pakatan Rakyat berjaya menguasai beberapa negeri sahaja.
Anwar sebenarnya bergantung kepada ‘rakan kongsi’ Cina dalam PKR untuk menentukan parti itu terus mampu beroperasi. Pembiaya utama ialah John Soh manakala pengurus utama kewangan PKR ialah William Leong. Leong yang begitu dipercayai Anwar untuk mengurus kewangan PKR dan peribadi beliau sekeluarga dilantik sebagai Bendahari Agung PKR. Leong juga menguruskan pembiayaan PKR yang datang dari luar sepertiNational Democratic Institute (Amerika Syarikat), Conrad Adenauer Foundation (Jerman) dan Sasakawa Peace Foundation (Jepun).

Untuk menentukan keadaan makin kacau bilau, Anwar bersedia untuk mengalihkan perhatian dari permasalahan seperti kes liwat yang sedang berjalan dan kes skandal video seks dengan menganjurkan kekacauan ‘yang di import’ secara berterusan dan berskala besar. Masyarakat Thai tahun lepas berjaya membuktikan bahawa mereka mampu mengadakan rusuhan berterusan secara berpanjangan iaitu Rusuhan Baju Merah.

Nampaknya Anwar semakin main kasar dewasa ini. Ini menunjukan beliau dan PKR, sebagai tunggak Pakatan Rakyat berada dalam keadaan amat terdesak.



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List