Najib Dicabar Tetap Tarikh Dan Nama Pengganti Taib Segera

on Apr 11, 2011

Parti Keadilan Rakyat (PKR), satu lagi komponen Pakatan Rakyat menggesa Datuk Seri Najib Razak agar mengumumkan tarikh Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatan ketua menteri dan bakal penggantinya.

Pagi tadi, DAP meminta ketua menteri paling lama itu melepaskan jawatannya sekarang.

Petang ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim  menolak keikhlasan Najib dengan menyifatkan janji Pengerusi BN itu sebagai “satu lagi gimik politik untuk mengkaburi penilaian rakyat.”

Anwar meramalkan Najib akan gagal menunaikan janjinya meskipun beliau merupakan perdana menteri dan pengerusi BN.

Katanya, Najib tiada pengaruh ke atas Taib yang tidak pernah tunduk kepada pemimpin berpengaruh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad  sebelum ini.

“Janji ini pernah dibuat sebelum ini, jadi sama ada Dr Mahathir berbohong atau beliau tiada kapasiti untuk mengatasi pengaruh Taib,” kata Ketua Umum Pakatan Rakyat yang merujuk kepada kegagalan Dr Mahathir untuk memastikan Taib berpegang kepada janji yang sama 16 tahun lalu.

“Ini ulangan kepada apa yang berlaku sebelum ini,” kata Anwar sambil menambah, beliau yakin Najib tidak akan menunaikannya.

“Jika beliau serius dan bertekad untuk melakukannya, beliau perlu membuat pendirian sekarang... bila Taib akan meletakkan jawatan dan siapa yang akan mengambil alih,” kata Anwar lagi.




Sebelum itu.
PAS hari ini terus menggiatkan tekanan supaya perdana menteri menamakan pengganti ketua menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang telahpun mengumumkan untuk bersara selepas pilihan raya negeri dijalankan. 

PAS khuatir sekiranya penjelasan berkenaan hanyalah sekadar satu "sandiwara" memandangkan Abdul Taib turut diperturunkan untuk mempertahankan kerusinya dalam pilihan raya negeri kali ini.

Ahli jawatankuasa pusat PAS Datuk Husam Musa berkata, perdana menteri perlu menamakan pengganti Abdul Taib bagi mengelakkan keluarga ketua menteri itu terus "membina dinasti keluarga."

Tegasnya, perdana menteri perlu menamakan pengganti berkenaan sebelum pilihan raya negeri dijalankan pada 16 April.

Tambahnya, tindakan perdana menteri mengizinkan Abdul Taib bertanding juga "dilihat memberikan restu untuk Tan Sri Taib sekali lagi menjadi ketua menteri Sarawak."

Tambahnya, langkah itu juga menunjukkan perdana menteri turut "bersekongkol" dengan "mengizinkan penindasan" terus dijalankan ke atas rakyat Sarawak.

"Tan Sri (Abdul) Taib Mahmud telahpun mengeluarkan kenyataan untuk berundur daripada jawatan ketua menteri sewaktu pilihan raya 2006 tetapi sehingga sekarang masih belum melakukannya. 

"Sekarang, janji tersebut diulang tayang semula kepada rakyat Sarawak sebagai harapan palsu bahawa perubahan akan berlaku," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.

Husam turut mendakwa, Abdul Taib "gagal membersihkan diri" berhubung dakwaan meraih kekayaan melalui jawatan ketua menteri dan juga keluarganya.

Katanya lagi, kawasan hutan Sarawak juga telah digondolkan sedangkan sebahagian besar rakyat negeri itu masih dalam keadaan mundur dan miskini.

"Sekalipun isu-isu rakyat Sarawak (adalah) lebih kepada dasar-dasar BN Sarawak yang telah terlalu lama memerintah, namun pengunduran Tan Sri Taib Mahmud adalah sangat perlu untuk perubahan," katanya lagi.



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List