Yusmadi gesa SPRM dan SPR pantau kempen PM

on Apr 11, 2011

Melalui laporan media bertarikh April 11 2011, Perdana Menteri dikatakan telah mengambil keputusan untuk terusan berkempen di Sarawak hingga hari pilihan raya pada 16 April 2011. Perkara ini, kalau diteliti, adalah sesuatu yang menghairankan kerana ini adalah kali pertama Perdana Menteri terlibat secara langsung di dalam kempen pilihanraya peringkat negeri. Sebelum ini, secara tradisinya, Timbalan Perdana Menteri akan menggalas cabaran di pilihanraya negeri bagi pihak Barisan Nasional.


Ini menunujukkan bahawa Perdana Menteri akur dengan kewibawaan Pakatan Rakyat di dalam kempen mereka untuk Pilihanraya Negeri Sarawak ke-10 ini. Sejarah telah membuktikan bahawa, jika BN berada di dalam keadaan yang meruncing, mereka akan menggunakan segala macam taktik dan cara untuk memenangkan calon-calon mereka.

Sejarah juga telah mengingatkan kita bahawa pada pilihanraya kecil Parlimen Sibu di bulan Mei 2010, Perdana Menteri telah menawarkan untuk memberi RM 5 juta kepada pengundi untuk memperbaiki saliran Sungai Rajang jika mereka memilih calon BN, Robert Lau sebagai Ahli Parlimen Sibu. Insiden seperti ini dijangka akan berlaku lagi kerana dilihat saingan di Sarawak menjadi semakin sengit.

Pada 31 March 2011, saya berserta rakan-rakan Ahli Parlimen yang lain termasuk, Nurul Izzah, Azan Ismail, Loh Gwo-Burne dan Abdullah Sani telah melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan rasuah melibatkan pemberian bantuan segera dalam tempoh pilihan raya. 

Laporan ini dibuat berdasarkan satu kenyataan oleh pemantau rasuah Transparency International (TI-M) yang menyatakan bahawa rasuah politik merupakan suatu bentuk rasuah yang paling teruk.

Sejajar dengan ini;

1. Saya ingin menggesa kepada SPRM untuk memantau dengan dekat kempen yang dijalankan oleh Perdana Menteri.

2. Saya juga ingin menggesa kepada Suruhanjaya Piliharaya untuk memantau dengan dekat kempen yang dijalankan oleh Perdana Menteri.


3. Menggesa pihak media untuk melapor dan menerbitkan berita-berita mengenai salah guna kuasa dan perlakuan rasuah oleh parti-parti politik yang bertanding.

Dengan ini, saya dan juga jentera Parti Keadilan Rakyat juga akan memantau dengan dekat kempen yang dijalankan oleh Perdana Menteri dan berharap agar rakyat tidak terperangkap dengan permainan Barisan Nasional ini, sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran dengan mengundi untuk menukar kerajaan Barisan Nasional.

*Kenyataan media oleh Yusmadi Yusoff (gambar kanan) selaku ahli parlimen Balik Pulau.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List