Beberapa minggu lepas Raja Petra (RPK) memulakan serangan ke atas Deepak in Malaysia-today.net. Memang menarik perhatian ramai apabila isu yg sudah 3 tahun dilupakan oleh Melayu yang mudah lupa ini dibangkitkan semula.
Sebagai pembaca tetap saya tertanya-tanya "apa agenda RPK kali ini? Kenapa sekarang?" Tapi saya yakin RPK ada agendanya tersendiri.
Kita semua tahu siapa dia Deepak mengikut cerita RPK. Itu sahaja yang kita tahu tidak lebih daripada apa yang RPK telah bocorkan kepada sebahagian rakyat kerana sebahagian lagi rakyat tidak berminat untuk tahu dan rela hidung mereka ditarik ke hulu ke hilir sedangkan Allah anugerahkan akal (bukan otak) untuk berfikir.
Sedarkah kita, apabila Deepak sudah 'tak boleh tahan' beliau terpaksa keluar dari persembunyiannya untuk membela dirinya kerana bisnesnya mula terjejas. Sejak 3 tahun lepas semua orang kenal nama Deepak tapi tak tahu betapa hensemnya mamat saudagar karpet ini.
Kini selepas Deepak muncul membela diri, satu Malaya sudah kenal dan tahu rupa Deepak. Kalau jalan-jalan kat KL terserempak Deepak, orang sudah boleh mengumpat " itulah Deepak yang dituduh bayar Bala tu!".
Faham sekarang? Akibat daripada serangan RPK terhadap Deepak, kini beliau telah dikenali umum dan tidak boleh lagi bersembunyi dan hidup low-profile. RPK sudah menang 1-0 mengalahkan Deepak!
TV3
Bila temubual RPK di TV3 disiarkan ramai penyokong PR menjerit mengatakan RPK sudah berpaling tadah. Alangkah singkatnya akal mereka. Kalau hendak berjuang kena cerdik dan gunakan akal bukan ikut kata hati seperti pemimpin dan penyokong BN yang minda mereka sudah tertutup akibat termakan budi yagn tak seberapa.
Dulu bila ada katak melompat ke BN, kita kata biarkan mereka lompat kita tak perlu orang seperti ini di dalam parti. Tapi bila kini penyokong PR sendiri menjerit kata RPK dah berpaling tadah rasanya perlukah orang yang singkat akal seperti ini di dalam parti?
Atau mungkin penyokong PR ini sendiri tidak pernah membaca Akuan Bersumpah yang dibuat 3 tahun lepas? Cuma menyokong membabi buat kerana taksub dengan Anwar Ibrahim?
Jika benar, alangkah sedihnya! Kalau belum baca Akaun Bersumpah tersebut carilah di internet (google) jangan jadi katak bawah tempurung seperti penyokong dan pemimpin BN yang tahu angguk sahaja tanpat berfikir panjang.
Saya percaya terdapat beratus ribu lagi penyokong PR yang belum pernah membaca Buku Jingga PR. Apatah lagi mengetahui apa dia janji-janji PR dalam Program 100 Hari Pakatan Rakyat. Macam mana nak berjuang kalau dasar perjuangan pun tak ingin nak ambil tahu? Samalah taraf kita dengan penyokong-penyokong BN yang main angguk saja asal dapat habuan.
Jika kita mahu mengubah kerajaan, kita sendiri perlu berubah! Jika kita mahu merubah Malaysia menjadi lebih baik, kita sendiri perlu lebih dulu berubah! Jangan sekadar berjanji AKAN berubah seperti yang tertera dia poster-poster BN, kerana rakyat dah lali dengan janji-janji manismu BN!. Takkan kita nak PR setaraf dengan BN? Kita perlu jadi lebih baik! Jadi berubah sekarang!
Jika pun kita ada ramai strategis dalam PR tapi strategi ini tidak dilaksanakan oleh akar umbi maka hasilnya kekal di takuk lama. Sedarkah anda RPK konsisten dalam artikel-artikelnya. Seorang teman berkata kepada saya selepas RPK muncul di TV3, "Apalah Raja Petra tu, dulu kata lain, sekarang kata lain". Saya jawab,"Kau baca tak Akaun Bersumpah tu? Sama je apa yang dicakapkan di TV3 dengan apa yang ditulis dalam Akuan Bersumpah tu dulu". Kawan saya bertanya, " Ye ke?". Beliau seorang yang non-partisan.
Apa yang ingin saya buktikan disini adalah, ramai sekadar mengikut dan menyokong, mendengar cerita orang dan percaya, tetapi tidak rajin menyelidik mana yang benar mana yang palsu.
Kita lebih suka melayan Facebook untuk seronok-seronok daripada meluang masa di internet untuk mencari fakta yang boleh membantu kita memperbaiki negara kita Malaysia. Inilah yang terjadi kepada penyokong-penyokong BN, mereka disuapkan oleh berita palsu atau pun berat sebelah dan mereka menilai tanpa fakta yang cukup.
Mereka percaya 100% apa yang media arus perdana sampaikan. Kenapa? Kerana mereka malas menyelidik! Berdasar fakta yang sedikit ini mereka mula berceramah tanpa mengetahui bahawa apa yang mereka jeritkan itu adalah telur separuh masak!
Saya percaya TV3 menyiarkan wawancara tersebut beberapa hari sebelum PRN Sarawak dengan tujuan untuk membersihkan nama DS Najib. Mungkin mereka berjaya tapi bukan 100%. RPK menang lebih besar kerana kini Kol. Azmi yang menyampaikan cerita palsu kepada RPK bahawa terdapat risikan tentera yang menyatakan DS Rosmah berada di lokasi permbunuhan Altanthuya kini telah digantung kerja dan dalam siasatan PDRM dan ATM.
3 tahun lepas, RPK diISAkan akibat pendedahan tersebut dan Lt. Kol. Azmi pula dinaikkan pangkat ke Kol. Azmi! Mungkin atas jasa memerangkap RPK. Waallahualam! RPK cuma bocorkan nama-nama pemberi maklumatnya hanya selepas menyedari mereka menipunya.
Bul juga menjanjikan bahawa RPK akan dilindungi untuk pendedahan tersebut tapi sebaliknya yang berlaku.
Jangan pula keliru, ini bukan bermakna semua cerita pembunuhan Altanthuya itu tidak benar. Ingat fakta dan soalan berikut :-
1. Siapa yang memadamkan rekod kemasukan Altanthuya ke Malaysia?
2. Kenapa Bala diupah untuk mengawal pergerakan Altanthuya di Malaysia?
3. Kenapa perlu Bala lari ke luar negara untuk menyelamatkan diri dan keluarganya?
4. SMS DS Najib kepada peguam Razak Baginda si Shafee Abdullah yang bocor diinternet.
5. Ke mana hilangnya dokumen yang diserahkan oleh Bapa Altanthuya? dan 1001 lagi soalan yang belum terjawab.
Banyak lagi soalan yang belum terjawab melainkan satu Suruhanjaya Siasata Di Raja di tubuhkan. Jadi jangan kita keliru kerana media arus perdana memang mahu rakyat keliru. Cuba selongkar semula kisah-kisah lama ini kerana kita rakyat Malaysia terutamanya Melayu memang mudah lupa!
Ramai penyokong reformasi yang taksub dengan perjuangan reformasi dan PR mula melihat RPK sebagai seorang yang tidak lagi boleh dipercayai. Kadang kala bila membaca komen pembaca di Malaysia-today, nak tergelak pun ada... singkat sangat pemikirannya. Perlukah orang seperti ini bersama kita ? Jika kita mahu terus maju ke hadapan, berubahlah sekarang sementara belum terlambat!
warta kerajaan
0 comments:
Post a Comment