Konflik Malaysia-Singapura: Mampukah TUDM Pertahan Kedaulatan Negara???
Keupayaan pertahanan udara TUDM sangat penting untuk menewaskan musuh, apatah lagi negara kaya yang sentiasa merasa terancam akan bertindak balas seperti Singapura |
1. Ada yang bertanya kepada saya, sama ada Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) mempunyai kelebihan jika berlaku pertempuran udara dengan China atau Singapura.
2. Ini merupakan soalan yang popular memandang jumlah pesawat tempur yang dimiliki oleh TUDM sangat kecil berbanding ratusan yang dimiliki oleh Singapura, jumlah itu terdiri dari 18 SU-30 MKM, 17 MIG 29, 27 pesawat Hawk 108 dan 208, lapan Hornet F-18D serta beberapa buah F-5E Tiger.
3. Isunya, apa benar memiliki jumlah pesawat yang kecil merupakan satu kekurangan yang sangat melumpuhkan keperluan pertahanan negara, ia mungkin benar tetapi ada sedikit perbezaan dalam konteks Singapura dengan Malaysia
4. Sebelum itu saya perlu ingatkan, Indonesia turut memiliki SU-30 dan SU-27 bagaimanapun ia merupakan pesawat standard dan tidak diupgrade sepenuh.
5. Pesawat Sukhoi Indonesia juga tidak mempunyai peluru berpandu Beyond Visual Range (BVR) dan tidak mempunyai kebolehan untuk membuat serangan pada waktu malam (Hanya Malaysia, Singapura dan Thailand sahaja yang mempunyai keupayaan membuat serangan waktu malam di Asia Tenggara).
6. Ok kita henti bicara mengenai Indonesia dan jika kita lihat pula kekuatan Singapura, Republic Singapore Air Force (RSAF) mempunyai jumlah pesawat yang mengerunkan, pesawat tempur mereka terdiri dari F-5E, F-16 Viper dan F-15SG.
7. Jumlah itu seolah-olah cukup untuk mengatasi apa yang TUDM gunakan sekarang walaupun kita mempunyai SU-30.
8. Disini letaknya kesilapan kita kerana selalu membuat analisis dengan menggunakan nombor, angka atau jumlah dan perkara ini sudah pernah disentuh oleh majalah TEMPUR di mana kebanyakkan kita mengenepikan soal doktrin dan strategi.
9. Akibatnya, kita membodohkan diri sendiri dan mengecilkan keupayaan anak tempatan serta kemampuan TUDM dalam mempertahankan negara ini, kita sering terlupa tentang keupayaan sesebuah pesawat dan strategi yang dipakai serta kelebihan yang dimiliki oleh negara.
9. Dahulu saya sendiri pun memandang rendah keupayaan TUDM tetapi tidak sehingga SU-30MKM memasuki inventorinya, kita lihat Singapura sudah mula berubah “air muka”.
10.Republik itu mengambil tindakan yang sangat drastik apabila Malaysia membuat pengumuman, KAMI MAHUKAN SUKHOI.
11.Serentak dengan itu Singapura mula membuat tempahan F-15 Strike Eagle versi SG dan semua orang tahu, ia adalah reaksi dari pembelian Malaysia ke atas SU-30MKM.
12.Disini kita tanya diri kita sendiri, mengapa F-15SG dan mengapa tidak ditambah sahaja jumlah pesawat F-16 yang ada.
13.Jika RSAF itu kebal, mengapa harus serius dengan pengumuman itu.
14.Nyatalah, Singapura sudah mula goyah kerana F-16 bukanlah lawan abadi SU-30 MKM, pesawat dengan nama timangan Viper itu dicipta untuk beradu dengan MIG 29 tetapi bukan Sukhoi.
15.Dalam satu latihan yang diberi nama SINDEX 2004 dengan India, pesawat tercanggih Singapura F-16 tewas dalam semua segi apabila bertempur dengan jentera Sukhoi dari versi MKI.
16….dan kita semua tahu, Sukhoi Malaysia direka dengan kemampuan yang sama atau lebih baik dari Sukhoi India, dan ia digelar MKM.
17.Kemenangan SU-30 MKI milik India disiarkan secara besar-besaran oleh akhbar India manakala keupayaan F-16 Singapura diperkecil dan diperlekehkan.
18.Kementerian Pertahanan Singapura yang “bengang” dengan insiden itu telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar untuk siaran media Singapura bahawa pihak India mewar-warkan kemenangan itu di sebabkan mereka itu tuan rumah untuk eksesais tersebut.
19.Sikap media India yang memperbesarkan kemenangan Sukhoi mereka juga disebabkan pesawat seteru negara itu iaitu Pakistan turut menggunakan F-16, demikian kata seorang forumer Singapura yang memberikan reaksinya terhadap kenyataan dari “Singapore Ministry of Defence” itu.
20.Selepas SINDEX 2004, Singapura mula risau memikirkan masa depannya, apatah lagi, SU-30 versi MKM bakal memasuki inventori TUDM dalam tiga tahun lagi ketika itu, malahan satu lagi negara jiran yang mempunyai potensi untuk mengancam mereka iaitu Indonesia turut mengoperasikan SU-27 dan Su-30.
21.Pengajaran dari SIMDEX 2004 ini menyebabkan Singapura yang gah kekuatan udaranya buat pertama kali berasa kerdil berhadapan dengan TUDM dan terpaksa memilih F-15SG sebagai kuda melawan SU-30MKM.
22.Jika benar TUDM merupakan sebuah kuasa yang boleh diremehkan, tentera udara Singapura (RSAF) tidak akan mengambil langkah drastik seperti ini. Tidak cukup hebatkah jumlah pesawat F-16 mereka untuk berhadapan dengan susunan MIG 29, F-18 dan sekumpulan 18 buah Sukhoi.
23.Sedihnya jika sebuah kuasa besar seperti RSAF menghormati keupayaan milik negara, masih ada juga rakyat Malaysia yang memperolok-olok kekuatan TUDM dan terlalu yakin akan kemenangan negara lawan yang terkenal melalui serangan pre emptive strikenya.
KEUPAYAAN PESAWAT
24.Sesiapa pun tidak menolak bahawa jumlah pesawat yang banyak merupakan satu kelebihan tetapi umum jangan lupa, zaman ini bukan seperti era Perang Dunia Kedua di mana kita melihat kelebihan sesebuah negara dari sudut 1 versus 1 pesawat
25.Ada banyak kisah pada zaman ini terutama sejak dari Perang Korea, sebuah pesawat tunggal berupaya menumpaskan dua atau tiga pesawat lawannya.
26.Adakah anda tahu, pesawat SU-30 MKM milik TUDM merupakan versi yang paling canggih dan moden berbanding Sukhoi yang digunakan oleh negara pengeluarnya iaitu Russia sendiri
27.Komputer radar sebuah SU-30MKM boleh menanda sasaran 15 ke 20 pesawat musuh (Bogey) dan akan memilih empat yang paling merbahaya untuk dimusnahkan dengan misil Beyond Visual Range (BVR).
28.SU-30 MKM juga memiliki keupayaan radar dan kelebihan enjin “Thrust Vector” yang tidak dipersiapkan pada pesawat F-16 Singapura dan yang terkini, F-15G.
29.Enjin ini dengan dibantu oleh sirip kecil di kawasan “intake engine” banyak membantu Sukhoi melaksanakan gerakan yang sukar, memberikan kelebihan semasa pertempuran dogfight dan mengelirukan misil musuh.
30.Kalau kita lihat F-16 hanya menggunakan satu enjin sahaja berbanding dua pada SU-30MKM dan keupayaan enjinn ini memberikan impak yang besar.
31.Dua enjin beerti beban yang boleh dibawa adalah lebih besar dan senjata serta peluru berpandu yang lebih banyak.
32.Adakah anda masih ingat bagaimana seorang juruterbang F-15 Eagle milik Arab Saudi berjaya menembak jatuh dua buah jet MIG milik Iraq ketika operasi untuk membebaskan Kuwait, 1990 dahulu (satu lawan dua).
33.Saya difahamkan SU-30 MKM berkeupayaan membawa sekurang-kurangnya 4 misil BVR dan pesawat itu mempunyai 12 hardpoint atau pylon untuk dipasang dengan 12 misil yang boleh dikonfigurasikan untuk misi pertempuran udara atau maritim.
34.Dalam bahasa yang amat mudah, sekurang-kurangnya 10 buah pesawat musuh boleh ditembak jatuh oleh satu SU-30MKM (Correct me if Im wrong).
PERTEMPURAN UDARA DAN KUALITI PESAWAT SERTA JURUTERBANG
35.Senario satu pesawat mengatasi lawan yang lebih banyak sudah wujud sejak dari Perang Dunia Kedua sehingga kepada Perang Vietnam dengan menggunakan skil juruterbang tetapi memasuki era 80an, teknologi dan jaringan maklumat yang baik digunakan seperti mana yang pernah dinampakkan semasa Perang Udara di Beka Valley.
36.Dalam perang itu, Syria kehilangan 80 pesawat terbang dan sifar pada pihak Israel
37.Malah acapkali Israel yang kurang jumlah pesawatnya berbanding gabungan udara Mesir, Jordan dan Syria berjaya menang dalam pertempuran udara kerana kualiti yang dimiliki oleh pesawat dan juruterbang mereka, ia juga disokong dengan kecekapan dan kecepatan ground crew mempersiapkan pesawat.
38.F-16 Singapura bukanlah tandingan kepada SU-30 malahan sejak dari awal 90an lagi, F-16 masih gagal mengatasi keupayaan MIG-29 yang diterbangkan oleh juruterbang Jerman dalam latihan perang anjuran NATO (Tolong jangan samakan MIG-29 yang diterbangkan oleh Iraq, banyak bezanya)
39.Anda juga harus ingat, juruterbang TUDM dilatih dengan doktrin perang Amerika Syarikat dan kita tidak sama sekali serupa dengan juruterbang Arab yang menggunakan manual pertempuran udara Soviet Union yang mengakibatkan mereka tersungkur di tangan juruterbang Israel atau AS.
40.Bukan saya hendak megah dengan AS tetapi kita lihat semasa Perang Iran-Iraq, juruterbang Iran yang dilatih AS ternyata unggul dan mampu melakukan operasi yang paling hebat dalam sejarah (serangan ke atas kompleks H3 pada Mac 1981) sedangkan tentera udara republik itu sudah nazak akibat revoulusi Iran dan bantaian tentera Saddam Hussein yang menyerang secara tiba-tiba.
41.Dahulu saya sendiri tidak yakin dengan keupayaan juruterbang TUDM tetapi dengan adanya kelengkapan Human Centrifudge Chamber yang terletak di Subang dan latihan menggunakan sistem ACMI di Korat, pandangan saya terhadap keupayaan juruterbang TUDM sudah berubah ke tahap yang tinggi.
42.Kedua-dua sistem ini membolehkan juruterbang TUDM mengatasi masalah-masalah yang terjadi semasa pertempuran di udara dan membantu mental serta fizikal mereka bersemi dalam keupayaan pesawat canggih yang diterbangkan mereka
43.Sebagai contoh, badan manusia boleh tahan tekanan G sehingga ke tahap 4. Apabila disarung dengan jaket anti G yang dipakai oleh juruterbang, ia mampu menahan tekanan G di antara 6 hingga ke tahap 9 yang berlaku disebabkan pergerakan melampau jet pejuang.
44.Kemampuan seseorang juruterbang untuk menahan tekanan G dalam pergerakan dogfight ini sangat bergantung kepada latihan yang diterima dalam Human Centrifuge Chamber yang terletak di pengkalan TUDM Subang.
45.Jadi tidaklah pengsan atau pitam juruterbang kita ketika melakukan manuever-manuever yang ketat semasa “Dogfight”, saya tidak mahulah mereka terhempas akibat tekanan G yang melampau kerana saya tahu juruterbang Singapura mampu menahan tekanan sehingga 9G.
46.Saya tidak kata RSAF akan tewas dalam pertempuran udara dengan TUDM, mereka mempunyai juruterbang yang terhebat, itu sahaja yang saya boleh saya katakan, The Best in South East Asia jika kita hendak bandingkan jam penerbangan yang diterima oleh juruterbang RSAF dengan TUDM dan TNI-AU.
PRE EMPTIVE STRIKE
47.Andai kata berlaku peperangan di antara Malaysia dengan Singapura, kita akan melihat Singapura menguasai medan tempur termasuk darat dan udara dalam tempoh 24 jam sebelum ATM mengumpul kekuatan dan meledakkan pengkalan tentera udara RSAF serta jalan-jalan raya yang boleh menjadi tempat pesawat mereka mendarat melalui operasi Offensive Counter Air (OCA).
48.Ingat, setiap pesawat harus kembali ke pengkalan, minyaknya harus diisi semula, senjatanya harus dipasang kembali dan juruterbang perlu berehat tetapi jika kesemua kemampuan ini diledakkan oleh sistem roket Astros milik ATM, bagaimana?
49.Soal moral juruterbang juga perlu diambil kira, jika juruterbang RSAF ditembak jatuh, mereka akan mendarat di bumi musuh dan kerana itu Singapura memberi tekanan kepada keupayaan Combat Search and Rescue (CSAR) dan keupayaan ini pernah terbukti apabila hanya tidak sampai beberapa minit, juruterbang pesawat pengintip RF-5E mereka diselamatkan semasa pesawat itu jatuh di Johor sekitar tahun 80an dahulu (Bukan setakat juruterbang, filem dari kamera pesawat itu turut berjaya dibawa lari).
50.Jika kita lihat senario perang Iran-Iraq, pesawat udara Iran tidak terbang pada hari pertama serangan.
51.Saya yakin atas sebab sebab strategik, TUDM mungkin tidak mengeluarkan kesemua keupayaanya pada hari pertama memandangkan jumlah pesawat kita yang sedikit tetapi memadai dengan keperluan pertahanan negara ini
52.Itu pun boleh ditolak ke tepi kerana jumlah pesawat TUDM pada hari ini sudah hampir kepada jumlah yang bersesuaian iaitu lebih kurang 40 buah yang terdiri dari SU30, MIG 29
dan F-18D
53.Malahan terdapat rancangan untuk menambah lagi jumlah pesawat perang dalam Rancangan Malaysia ke 10 (bermula dari tahun 2011 hingga 2015).
54.Singapura buat masa sekarang mempunyai 400 pesawat, daripada jumlah itu 45 buah pesawat termasuk F-5E dan F-16 dikonfigurasikan untuk tujuan memintas (interceptor) dan lebih kurang 40 pesawat yang terdiri dari F-15 dan F-16D dikonfigurasikan sebagai pesawat penyerang/pengebom (attack/strike).
55.TUDM tidaklah memandang sepi dengan kekuatan udara Singapura dan kerana itu, sebahagian pesawat TUDM diletak dalam “hardened shelter” dan di tempat-tempat yang sulit (kalau ada sesiapa yang tahu, tak yah lah dok bagitahu dalam ruang komen, kerana ia hanya akan di delete sahaja).
Jalan Pulang
0 comments:
Post a Comment