Dua dalam satu...Ugut Cina dan pujuk Pas. Ugut Cina, kalau masih menyokong Pakatan Rakyat maka kedudukan orang cina dalam kabinet BN akan terjejas. Manakala kepada Pas, kalau tak nak sertai BN marilah keluar dari Pakatan Rakyat.
Kenapa jadi sampai begitu? Apakah maknanya tu ? Bukankah pemimpin Umno/BN cukup hebat cuba melaga-lagakan kepimpinan Pakatan Rakyat? Bukankah Umno-BN ada Utusan, Berita Harian TV 1, 2 3, 9 dan Astro Awani (kroni terbaru) ? Bukankah Tuan Guru Nik Aziz cuba digambarkan sebagai gila kuasa dan kaki rasuah? Bukankah kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Pulau Pinang digembar-gemburkan setiap hari sebagai melakukan salah guna kuasa, rasuah dan tak pandai mentadbir? Bukankah teraju utama Pakatan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim dijaja sebagai kaki liwat dan kaki perempuan depan belakang?
Bukankah kamu kata, pembunuh Altantuya sudah didakwa? Raja Petra pun sudah mendakwa cerita-ceritanya sebelum ini adalah dusta dan palsu?Bukankah kamu kata, kamu pemimpin yang bersih dan suci? Rasuah kapal selam dan beri projek email 1Malaysia kepada anak beranak misalnya menunjukkan rakyat didahulukan?
Bukankah mereka menang di beberapa kubu mereka dalam pilihanraya kecil? Bukankah mereka berjaya mengekalkan kuasa di Sarawak?
Mengapa sampai begitu terdesak? Adakah rakyat sudah hilang kepercayaan? Adakah cerita-cerita mereka sudah tak laku?
Buatlah lagi cerita-cerita kartun dan lucah dalam politik negara? Jajalah lagi aib dan malukan mereka yang kamu hendak dengan sesuka hati. Muncullah kamu dalam lakonan kononnya pemimpin berjiwa rakyat. Jika kamu pandai berlakun, rakyat juga bukannya penonton yang bodoh umpama tiang dan batu. Rakyat ada jiwa dan perasaan. Masih ramai rakyat yang mempunyai maruah dan harga diri.
Masih ramai lagi rakyat yang masih berfikiran waras dan matang. Tunggu sahaja kejatutan dan kemusnahan kamu. Tamadun-tamadun hebat satu ketika dulu sudah berkubur. Sudah ramai pemimpin dunia yang selama ini merasakan diri mereka hebat telah tersungkur dengan kuasa rakyat. Tunggu dan hitung sahajalah sisa-sisa kuasa mu...Apa yang pasti detik dan waktu pasti tiba!
http://angkasanuri.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment