SUMPAH ADALAH PERISAI BAGI ORANG MUNAFIK........

on May 1, 2011




Pembohong Pun Berani Bersumpah!!!





"Mereka (orang-orang munafik) menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan" [Al-Munafiqun: 2].

Eskay telah bersumpah laknat. Si Pembohong ini memang tidak boleh dipercayai. Pada peringkat awal dulu, dia mendakwa terjumpa kamera tersembunyi di dalam bilik hotel sewaktu Anwar menyuruhnya mengambil jam yang tertinggal. Harus diingat bahawa dia berkata kamera itu dijumpai dalam laci berkunci yang dipecahkan. Dengan apa dan bagaimana dia umpil laci itu serta masa yang diambil untuk mengumpilnya tidak dijelaskan. Namun, laci hotel mana ada kunci!!! Jelaslah dia berbohong.


Selepas mendakwa terjumpa kamera tersebut, dia mengaku ada dalam bilik berkenaan. Jika dia memang benar berada di situ, apakah tujuannya? Jika untuk memerangkap Anwar, tidakkah lebih baik dan berkesan dengan menghubungi pihak berkuasa agama untuk menangkapnya? Tentu lebih berkesan dan Anwar tidak boleh mendakwa itu satu konspirasi lagi.

Lojikkah Anwar mahu buat projek dengan Eskay berada dalam bilik? Eskay kononnya memanggil beberapa orang untuk mengesahkan pelaku itu ialah Anwar. Mahu sahkan apa lagi jika beliau sendiri kata beliau berada dalam bilik bersama Anwar? Jika beliau berkata beliau ada bersama Anwar, mengapa beliau sebelum ini memberitahu kejadian berlaku di sebuah hotel tetapi polis menyebut di sebuah kondominium? Eskay memang pembohong. Dia mendakwa perempuan Cina itu pelacur tetapi polis kata perempuan tu pelajar kolej swasta.

Apabila video itu dimuat turun ke Youtube, semakin banyaklah ketidaklojikannya. Siamlah pulak. Timbul persoalan adakah rakaman tu dibuat di Malaysia atau di Thailand? Kesemua yang telah disebutkan menjadi bukti sahih Eskay tidak bercakap benar. Bolehkah sumpah seorang penipu diterima pakai? Biarkanlah Eskay dengan sumpah laknatnya. Dia yang buat, dialah yang tanggung. Harap-harap dapatlah kita melihat akibat pembohongan dan sumpah palsunya itu. "




0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List