Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling.
"Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya.
Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.
"Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang.
"(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah.
"Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini.
MKN: Kesan pentadbiran British satu bentuk penjajahan
Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun.
Sementara itu, Majlis Profesor Negara (MPN) dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan "penjajahan British" sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan.
Bagaimanapun, menurut majlis itu "kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk penjajahan".
"British diberi kuasa untuk 'mentadbir' dari segi pengurusan am dan kewangan serta eksploitasi khususnya sumber alam.
"Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'.
"Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih, walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kenyataan itu dipetik.
Komen :-
- Usin Wafer · Bekerja di Fuji Electric Semiconductor (M) Sdn. Bhd.huhuhu..abih tue MERDEKA nk buat apa huhuhu...
- Penjejak Badai · Bekerja di Sendirian berhad
- Hafiz Zarriq · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaysia Terengganu
- Sarjan Tulang · Pengulas Tertinggikenapa ada jugak yg nak pertahankan british ni? pelik tul aku...
tp kenapa tak pertahankan parti2 berhaluan kiri yg diharamkan oleh british? diaorang berjuang utk dapatkan kemerdekaan.....
atau memang benar ramai prof kangkung kt malaysia ni....- Azhar Red · Pengulas Tertinggi · Friends with Sivagami Devi
- Nairulhizam Mohamed Yunus · Pengulas Tertinggi ·Shah Alam, Malaysia
- Azhar Red · Pengulas Tertinggi · Friends with Latheefa Koya
- Kesatria Baja Hitam · Pengulas TertinggiAbih tu Tok Maharajalela, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau tu lawan siapa? Lawan hantu ke jika Malaya ni x pernah dijajah? Profesor Kangkung ni...
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas TertinggiKlau tanya semua rakyat Malaysia, samada celik sejarah atau kurang celik sejarah, 'apakah pendapat anda, british telah melindungi/menaungi atau menjajah Malaya?' Sudah pasti secara sepakat mereka akan berkata Malaya dijajah british. Klau ada yg sorang dua yg jwb menaungi, itu mat bangla/pati la yg dpt kerakyatan disini, sbb x tau sejarah. Statement prof ni hanya statement pengampu, x ada sape rakyat yg akan timer...
- Wan Adib Wan Roslan · Pengulas Tertinggi
- Azha Syazri Azizan · Friends with Puteri Lindungan BulanBetul, kita tukar saja istilah kepada TERNODA kerana hasil bijih timah dan getah semuanya disapu British. hehehe
- Gkaran Gee · Pengulas Tertinggi · Sek men keb tunku putra
- Rafizan Md Yusof · Bekerja di MAA TAKAFUL BERHAD
- Azha Syazri Azizan · Friends with Puteri Lindungan Bulan
- Muhamad Haslam · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Pedagang MasaAlahai!!!! Profesor cari makan....lebih UMNO dari ahli dan pimpinan UMNO itu sendiri....bodek tahap gila babi....
- Jack Petgc · Pengulas Tertinggi · Jakarta, Indonesia
- Muhamad Haslam · Pengulas Tertinggi · Bekerja diPedagang Masa
- Hafiz Zarriq · Pengulas Tertinggi · Universiti Malaysia Terengganu
0 comments:
Post a Comment