UMNO Johor Bergolak...?

on Sep 24, 2011


Kerajaan Rakyatl Barisan Nsasional (BN) Johor mungkin terheret ke kancah perbalahan politik apabila akhbar-akhbar tempatan mula melaporkan bahawa Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman, mungkin digantikan pada pilihan raya umum akan datang, demikian menurut satu laporan sebuah laman berita setempat.



Datuk Abdul Ghani, yang telah memegang jawatan itu sejak tahun 1995, dikatakan tidak lagi menjadi pilihan sejak dua pilihan raya umum yang lalu, kata laporan laman berita Malaysiakini, semalam.

Bagaimanapun, disebabkan campur tangan pihak istana dan faktor-faktor politik, beliau telah berjaya bertahan dan mengekalkan jawatannya sebagai menteri besar negeri tersebut, tambah laporan itu lagi.

Namun, baru-baru ini, khabar angin sekali lagi bertiup kencang di Johor bahawa BN mungkin meminta Datuk Abdul Ghani bertanding di kerusi parlimen dan menyerahkan jawatannya kepada Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.


Spekulasi itu diperkuatkan lagi apabila akhbar-akhbar bahasa Cina di Malaysia melaporkan bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail, mencemar duli secara mengejut di rumah terbuka sempena meraikan Aidilfitri Datuk Seri Mohd Khaled di Johor.

Menurut laporan berkenaan ia seolah-olah tanda mendapat restu atau perkenan daripada pihak istana.

Sultan Ibrahim menggantikan bapanya, Allahyarham Sultan Iskandar Ismail, pada Januari 2010.

Allahyarham Sultan Ismail dikatakan mempunyai hubungan yang akrab dengan Datuk Abdul Ghani, demikian lapor laman berita tersebut.

Johor memang telah lama menjadi kubu kuat BN dan Umno.

Namun, tidak menjadi satu rahsia lagi bahawa terdapat pelbagai puak dalam Umno di negeri itu.

Ada yang mengatakan bahawa Perdana Menteri Malaysia dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, merancang untuk meletakkan para penyokongnya di negeri tersebut untuk 'memerhatikan' pergerakan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga berasal dari Johor.

Akhbar-akhbar tempatan juga telah menyenaraikan beberapa nama sebagai calon berpotensi untuk menggantikan Datuk Abdul Ghani.

Selain daripada Datuk Seri Mohd Khaled, terdapat beberapa nama calon lain: Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamad; Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Abdul Latiff Ahmad; dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba, turut berada dalam senarai berkenaan, tambah laman berita itu.


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List