Kalau Rakyat Dah Meluat, Pemimpin Besar Pun Jatuh Juga.

on Oct 23, 2011







Tumbangnya pemimpin dunia seperti Muammar Gaddafi adalah peringatan kepada sesiapa sahaja agar tidak takbur dan sombong dengan kuasa.


Ini kerana, jawatan ialah amanah yang datang dengan tanggungjawab, bukan semata-mata kuasa untuk mengumpul kekayaan diri sendiri, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Kalau Allah takdirkan rakyat bangkit, orang seperti Mubarak dan Gaddafi pun diheret juga,” kata Anwar dalam perjumpaan dengan masyarakat Permatang Pauh di Dewan Orang Ramai Kampung Permatang Janggus, hari ini. 

“Sementara kita ‘sihat’ ini berilah ruang. Jangan tembak rakyat. Jangan penjarakan ulama sampai mati di penjara. Walaupun 40 tahun pegang kuasa, tapi bila orang meluat, maka tetap akan jatuh juga,” kata Anwar merujuk tragedi kematian Presiden Libya, Muammar Gaddafi semalam.

Menyentuh Belanjawan 2012 yang dibentangkan kerajaan awal bulan ini, beliau mengingatkan ‘janji’ Najib yang kononnya mahu meringankan beban rakyat dengan pemberian banyak saguhati bersifat ‘one-off’.
Sedangkan dalam masa sama, kata Anwar, BN memeras rakyat dengan memperkenalkan cukai baru seperti Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST)
“Pakatan Rakyat berjanji, Insya Allah kalau kita memerintah negara, cadangan cukai GST ini akan kita tolak sama sekali,” tegas Anwar.

Tambahnya lagi, tuduhan pengkhianat Melayu yang dilempar kepadanya berbalik apabila skandal pembelian kilang arak San Miguel di Filipina oleh anak pemimpin Umno yang berharga RM 2.9 bilion dibongkar media antarabangsa.

Begitu juga dengan pendedahan di Parlimen berhubung pemberian Tabung Pertanian untuk nelayan penternak petani berjumlah RM 250 juta kepada anak seorang Menteri Kabinet.
“Apa petani dapat? Apasal tak tolong orang kampung. Inikah maruah pemimpin Melayu Islam?, soal Anwar.

“Sebab itu kita kena ada pendedahan. Baca Suara Keadilan, Harakah untuk tahu apa yang berlaku dan tak mudah ditipu,” kata Anwar sambil mengingatkan jentera KEADILAN perlu bersiap sedia kerana pilihan raya umum boleh diadakan pada bila-bila masa.

Ketua Umum KEADILAN itu kini dalam rangka lawatan kerjanya selama sehari ke Pulau Pinang dan akan menyampaikan ceramah Perdana Demi Rakyat bersama-sama Ketua Menteri Lim Guan Eng dan Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr Mansor Othman di Dataran PASTI Sg Acheh, Sabtu lepas. 

sumber :- KeadilanDaily

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List