Muhyiddin akui bimbang 'pergolakan' dalaman BN

on Oct 23, 2011

muhyiddn in upm


Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengakui beliau bimbang dengan 'pergolakan' dalaman parti dalam BN, khususnya dalam proses pemilihan calon untuk pilihan raya umum akan datang.

"Ya, sejujurnya saya bimbang," katanya ketika ditanya perkara itu oleh pemberita.

Bagaimanapun, timbalan pengerusi BN itu berkata, pihaknya sudah mengambil langkah segera untuk menanganinya.

"Kita sudah mula manage (uruskan) perkara ini," katanya dalam
sidang media selepas menyampaikan ucap utama dalam program penerangan perdana BN di Universiti Putra Malaysia (UPM) dekat Serdang.
Katanya, bagi tujuan itu, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan sebahagian parti yang bergabung dalam BN.

muhyiddin in kajangTambahnya, walaupun laporan badan penyelidik menunjukkan kedudukan BN  baik ketika ini, laporan pelbagai pihak diperlukan untuk mendapatkan gambaran menyeluruh.

Sementara itu, berucap di hadapan lebih 1,500 penyokong dalam program turun padang itu, Muhyiddin mengingatkan anggota BN supaya jangan 'tidur' menjelang pilihan raya umum yang dijangka tidak lama lagi.

"Kalau kita tidur pun, tidur-tidur ayam sudahlah. Jangan gaduh sesama sendiri.

"Jangan bebankan pimpinan kita dengan masalah di bahagian dan cawangan," nasihat Muhyiddin lagi.

'Kata tidak dikota'
Katanya, jika terdapat masalah di peringkat akar umbi, perkara itu mesti diakui dan diselesaikan sekarang sebelum menjejaskan keputusan pilihan raya.

Muhyiddin menggesa anggota BN mengambil iktibar daripada pilihan raya umum lalu yang menyaksikan ada pihak yang berjanji menyokong calon yang dipilih tetapi tidak mengotakannya.

muhyiddin yassin 1malaysia university students"Ada kata tunggul kayu (kalau dipilih) pun kita akan sokong. Tetapi bila sampai pilihan raya, kata tidak dikota," katanya.
Muhyiddin hari ini turun ke pelbagai tempat di seluruh Selangor, antaranya Dengkil, Kuala Langat, Kajang dan dua tempat di Puchong, dalam agenda merampas semula negeri itu dalam program yang dinamakan "Sayangi Selangor, Yakini BN".

Acara hari ini dilihat susulan kepada lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 8 Oktober lalu di Ijok, Kuang, Rawang dan Gombak Setia.

bn love selangor puchong dpm muhyiddin flag 221011Dalam sidang media di UPM awal petang tadi, Muhyiddin menyifatkan lawatannya mendapat sambutan menggalakkan sehingga orang ramai turun lebih ramai daripada yang dijangkakan.

"Harap ini petanda kesedaran rakyat (kembali menyokong BN)," katanya.

Hadir sama dalam sesi itu Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan dan Timbalan Pengerusi BN Selangor Datuk Noh Omar.

Sementara itu, dalam ucapannya sebelum itu, Noh mengingatkan supaya anggota BN bersatu tidak kira siapa pun calon yang terpilih nanti.

"Kalau rakyat mahukan perubahan dan pemimpin berkorban, saya yakin kita akan menang dalam pilihan raya umum akan datang," kata menteri pertanian dan industri asas tani itu.

Kantung besar
Dalam program sehari suntuknya di Selangor, Muhyiddin mengambil peluang menemui rakyat berbilang bangsa untuk menyampaikan sumbangan Deepavali, menziarahi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil serta bertemu ketua masyarakat dan veteran Umno.

bn penerangan perdana leaflet upm 221011Beliau juga menjawab isu-isu terkini seperti kenaikan harga barang, peruntukkan kerajaan melalui belanjawan 2012, sekali gus menempelak janji Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga.

Isu krisis air Selangor juga disentuh apabila beliau mengingatkan kerajaan negeri perlu segera bersetuju dengan cadangan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 atau menghadapi kirisis air pada tahun 2014.

Dalam masa yang sama, perlbagai risalah diedarkan dalam pelbagai bentuk, termasuk risalah, salinan keratan akhbar dan buku kecil yang menyenaraikan kembali agenda BN dan membela dasar kerajaan.

bn love selangor puchong nash dancing 221011Manakala, berucap di Puchong - destinasi terakhir Muhyiddin - ketua pembangkang negeri Datuk Satim Diman berkata, timbalan perdana menteri terpaksa turun padang kerana menteri besar Pakatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim didakwa tidak membuat kerja.

Bagaimanapun, Satim yang terkenal dengan sikap jenakanya itu berkata, Muhyiddin turun dengan "kantung yang cukup besar".

Program di Puchong lebih santai dan meriah apabila di awal petangnya diisi dengan persembahan nyanyian, termasuk oleh penyanyi terkenal Nash.

Bahkan, ketika lagu zapin disampaikan, ada terdapat peserta mengambil kesempatan menari bersama.


sumber :- http://www.malaysiakini.com/news/179375
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List