Saya merujuk kepada kenyataan mantan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamed bahawa rakyat Malaysia patut diberi hak asasi menusia “sekadar yang kita mampu” dan perjuangan pembangkang untuk hak asasi manusia hanyalah untuk kepentingan mereka sahaja dan “berlebihan”.
Tidak mengejutkan apabila Dr Mahathir telah mengambil pendirian yang tidak bertanggungjawab, jahat dan tidak amanah ini. Semasa pemerintahan kejamnya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri negara, Mahathir menjatuh dan meremehkan kebanyakan hak asasi rakyat.
Hak asasi yang dijanjikan kepada rakyat di bawah Bahagian 2 dalam Perlembagaan Persekutuan dijadikan tidak efektif dan tidak bermakna di bawah pemerintahan Mahathir, dan masih begitu di bawah Perdana Menteri Najib.
Undang-undang penahanan tanpa bicara digunakan ke atas pembangkang, aktivis, pekerja sosial dan juga ke atas lawan dalam UMNO sendiri. Mangsa utama adalah mantan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, yang dipecat, dipukul dan ditahan di bawah ISA pada September 1998, kerana melawan dasar-dasar Mahathir.
Menggunakan alasan keselamatan negara dan hubungan perkauman, Maahthir menggunakan senjata undang-undang opresif untuk menakuti dan memenjarakan lawan politik, dan memperkukuhkan cengkamannya dalam negara ini.
Malahan, mahathir patut dibawa ke muka perbicaraan kerana menyalah gunakan kuasa kerajaan dan memperlekehkan institusi-institusi bebas seperti polis, kehakiman, perkhidmatan am dan suruhanjaya pilihanraya.
Tindakan-tindakannya semasa berkuasa adalah bersifat jenayah, dan menyebabkan kerosakan yang sangat besar ke atas institusi-institusi dan struktur kerajaan. Sejarah akan menilai Mahathir dengan kejam.
Perang proksi
Tujuan perjuangan untuk hak asasi manusia oleh pihak pembangkang dan aktivis adalah untuk mengembalikan kepada rakyat hak asasi mereka yang pernah diberikan di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Macam mana ianya boleh menjadi ‘berlebihan’ untuk menuntut kebebasan bersuara, kebebasan berhipun secara aman, kebebasan berpersatuan ataupun kebebasan daripada penahanan sewenang-wenangnya? Ini adalah di antara kebebasan asas yang dirampas daripada rakyat oleh Mahathir dan penggantinya.
Ianya bukanlah “berlebihan seperti di negara Barat” yang diminta rakyat, tetapi hak asasi yang diberikan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Kebebasan-kebebasan asasi ini adalah penting untuk menjaga maruah sebagai manusia, dan untuk membenarkan kita mempersoal dan menjaga kerajaan.
Adalah amat jelas bahawa PM Najib dan UMNO sedang berperang proksi terhadap usaa rakyat untuk memperoleh hak asasi dengan menggunakan organisasi-organisasi yang tidak bertanggungjawab dan tidak boleh bertoleransi dan individu-individu seperti Perkasa dan Mahathir.
Muslihat yang nyata ini tidak akan menipu siapa-siapa. Kita menyeru Perdana Menteri Najib dan kerajaannya untuk melakukan perkara yang betul: pulangkan kepada rakyat kebebasan yang telah dirampas.
N Surendran adalah seorang peguam hak asasi manusia dan Naib Presiden PKR
APA KATA MAHATHIR
0 comments:
Post a Comment