Anwar Dua Kali Buat Umrah.

on Nov 2, 2011




Apabila Najib dan Rosmah telah diberitakan berangkat ke Mekah untuk menunaikan Umrah dan Haji maka gegak gempitalah isu ini dimainkan oleh pencacai-pencacai UMNO baik di Blog mahupun FaceBook.

Kononnya bagi mereka tindakan Najib dan Rosmah itu adalah bukti betapa luhur dan sucinya hati Najib sebagai seorang Pemimpin, kononnya lagi bagi mereka ini sebagai bukti bahawa disebalik berita-berita yang disampaikan oleh berbagai media alternative tentang keburukan dan salahlaku Najib, beliau masih berani ke Mekah.

Maka dengan itu mereka mula menyindir Anwar Ibrahim, kononnya kata mereka Anwar Ibrahim tak pernah ke Mekah untuk menunaikan Haji.

Antara tohmahan yang dilemparkan ialah: "Bilalah agaknya Anuar Ibrahim hendak menunaikan Rukun Islam Kelima itu ye? London boleh pergi, Bangkok dah macam rumah kedua, takkan belum terbuka hati untuk mengerjakan haji?"

Itulah.. bila mereka hanya berkiblatkan TV3 dan Utusan Malaysia sebagai bahan bacaan, bukan sahaja mereka malah ramai yang tidak tahu bahawa Anwar Ibrahim telah berangkat ke Kota Suci Makkah untuk menunaikan Umrah sebanyak dua kali.

Kali pertama ialah pada sekitar November 2007 dan kali keduanya pula ialah pada June 2008.

Ini adalah catatan 14 November 2007


Semalam Di Makkah Al-Mukarammah
Saya bercadang pada mulanya untuk terus ke Makkah, tetapi diminta penganjur menghadiri majlis perasmian Persidangan Dunia mengenai Pos & Teknologi Maklumat oleh Putera Khalid bin Faisal, Gabenor Makkah. Saya diundang Menteri Komunikasi Arab Saudi untuk menyampaikan ucapan dalam sesi pertama esok.

Labbaika Allahum malabbaik – Menuju Makkatul Mukarramah, mengumandangkan kebesaran Tuhan.

Seluruh tumpuan kini hanya untuk menyempurnakan umrah, semoga mabrur dan sa’ie masykur.

Semalaman di Masjidil Haram, tawaf mengelilingi kaabah (Baitul ‘atiq), Sa’ie dan beri’tikaf – berdoa dan bermunajat.

Saya kenangkan kupasan sarjana Ali Shariati mengenai dampak ibadah haji dengan pakaian ihram dan juga pengalaman Malcolm X (A Malek As Shabaz) tatkala menunaikan haji.

ANWAR IBRAHIM
Sumbernya dari SINI

Ini pula adalah catatan pada 22 June 2008 kali ke dua ke Makkah..


Sejenak Di Makkah Al-Mukarramah
Alhamdulillah, kami selesai menyempurnakan umrah. Didoakan semoga umrah mabrur, sa’i mashkur, wa’amalan salihan, watijartan lan tabur!

Seringkali umrah saya singkat. Maka saya tumpukan waktu beristighfar dan munajat di Masjidil Haram.

Kami ketemu jamaah lain dari Malaysia, Indonesia dan lain-lain termasuk pelajar yang turut menyapa saya. Maaf kerana tidak melayani sebarang acara lain.

Saya beranggapan dengan kesibukan menangani isu politik dan keduniaan, wajar diperuntukkan waktu dalam urusan kerohanian.

A.K. Brohi, pemikir dan sarjana undang-undang Pakistan pernah mengingatkan saya sejurus mencebur diri dalam politik pesanan ahli sufi Sindhi berdasarkan Hadith Rasulullah saw. Menurutnya, ibarat sekuat besi di dalam air; akhirnya berkarat jua! Justeru wajib diangkat dan diselaputi minyak dari masa ke masa sebelum dibenamkan semula di dalam air. Begitu juga kita aktivis yang bergelut dalam kancah politik, perniagaan atau sebarang lapangan, harus ada waktu beruzlah, munajat dan memperkuat aqidah (iman amiq) dan kerohanian.

Selain itu kupasan pemikir Ali Shariati mengenai ibadah Haji yang sewajarnya mendorong kita ke arah amal dan perjuangan. Pejuang kulit hitam, Malcolm X (Shahid A. Malik As-Shabaz) pernah mencatat pengalamannya menyempurnakan ibadah Haji dalam sepucuk surat kapada kakaknya. Pakaian ihram, ucapan labbaikalLahum malab baik, menyemat semangat persaudaraan yang membenamkan kebencian kelas dan kasta, atau prasangka warna kulit.

Mudah-mudahan kita dapat mengasah kesedaran yang sama di kalangan jamaah.

ANWAR IBRAHIM
Sumbernya dari SINI
Ini pula adalah imej yang diambil dari DCM pengakuan Anwar sendiri bahawa beliau sudah dua kali ke Mekah..




Bezanya antara Najib dan Anwar ke Mekah ini ialah.. Najib mengerahkan seluruh Media tunggangan UMNO untuk menghebahkannya tapi Anwar tidak menghebahkannya, tapi kalau hebahpun mana ada Media tunggangan UMNO akan menyiarkannya..

Takkanlah nak kena buat Banner pulak kalau Anwar nak ke Mekah kot..




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List