Demikianlah soalan yang ditimbulkan oleh kebanyakan rakyat Terengganu yang kuat menyokong umno.
Maka berkatalah orang PAS tak lain dan tak bukan bahawa menteri Terengganu orangnya ialah YB Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS negeri Terengganu.
Mengapa persoalan menteri besar Terengganu selepas Datuk Seri Ahmad said timbul. Sudah tentu ada yang tak kena pada menteri besar sedia ada.
Sudah tentu Datuk Seri Idris Jusoh dan golongannya yang tak puashati dengan pelantikan Ahmad said sebagai menteri besar Terengganu.
Setakat hari ini bukan Datuk Seri Idris Jusoh dan golongan saja yang tak berkenang dengan Ahmad said, malahan Al Sultan dan perdana menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib Razak turut tak berkenang.
Cuma Tan Sri Muhyidin Yassin dikatakan yang masih berkenang dan mempertahankan Ahmad said mesti dikekalkan sebagai menteri besar selepas umno menang PRU 13 nanti.
Sekarang mari kita lihat dua nama yang disebut sebut akan dilantik sebagai menteri besar Terengganu bagi mengganti Ahmad Said yang berkemungkinan tak akan dicalon bertanding dalam PRU 13 yang bakal diadakan bila bila masa saja ini.
Mereka ialah Datuk Jailani Omar yang akan diletakkan bertanding di DUN Batu Rakit.
Dua tiga bulan lepas Umno setiu sudah kecuh, kerana ADUNnya Kazan Che Mat yang juga exco kerajaan negeri dikatakan akan diletakkan bertanding parlimen Setiu, milik Datuk Mohd Jidin Shafie.
Manakala satu nama lagi ialah Datuk Mohd Nor yang akan diletakkan bertanding di DUN Wakaf Mempelam.Akhir sekali nama Datuk Nasir Ibrahim Fikri Juga disebut sebut akan dilantik sebagai menteri besar dinasti.
Beliau dikatakan akan bertanding DUN Seberang Takir DUN selamat sejak zaman berzaman lagi juga kecuh, kerana adun Abdul Razif dikatakan langkah mayat aku dulu.Duan tiga hari ini Nama Abang Razif Azmi Abdul Rahman bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus telah disebut akan bertanding Di Parlimen itu.
Untuk makluman sekian DUN Wakaf Mempelam terkenal merupakan lubuk puaka membunuh ramai calon umno yang diletakkan bertanding disitu.Oleh itu bagaimana mungkin Datuk Mhod Nor akan dilantik sebagai menteri besar.
Lojiknya Datuk Mohd Nor pasti tidak berjaya dilantik sebagai menteri besar kerana kalah bertanding di DUN dikatakan puaka itu.setakat hari calon umno tiada harapan menang miskipun calonnya bersih.
Lainlah dengan Datuk Jailani Omar yang dikatakan tokoh yang mendapat perkenang dan dibawa balik Datuk Seri Mohd Najib Razak sendiri. Lebih lebih lagi Datuk Jailani Omar adalah setiausaha politiknya.
Beliau ada harapan menang, kerana DUN Batu Rakit adalah kubu kuat umno sejak sekian lama.|
Jika umno menang lagi dalam musim PRU 13 menteri besarnya tak lain dan tak bukan ialah Datuk Jailani Omar tokoh tempatan. Manakala Datuk Nasir Ibrahim juga tak selamat kerana berlaku protes kalangan ahli umno tempat kelhairannya sendiri.
Tapi jika Umno kalah menteri besar Terengganu selepas Ahmad said orangnya ialah YB Mohd Abdul Wahid Endut, Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga ADUN wakaf mempelam dan Ahli Parlimen Kuala Terengganu.
Bagaimana?
0 comments:
Post a Comment