Cubaan pembangkang ‘meminang’ beberapa tokoh berpengaruh UMNO untuk dilantik sebagai Perdana Menteri jika pakatan itu menang pilihan umum akan datang disifatkan sebagai perbuatan menjilat ludah sendiri.
Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, sebelum ini, Pas misalnya pernah menuduh ahli dan pemimpin UMNO sebagai kafir tetapi sekarang, tokoh yang pernah dihina itu yang diharapkan untuk memimpin pakatan pembangkang.
Penafian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya pakatan tidak cuba ‘meminang’ Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baginya hanya satu helah untuk menutup sikap hipokrit pembangkang.
“Ini perbuatan hipokrit dan ternyata Pas sendiri tidak mempunyai pemimpin berkualiti untuk diangkat sabagai Perdana Menteri sehingga terpaksa mencari orang UMNO sebagai pengganti Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau mengulas dakwaan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa pembangkang cuba mempelawa Tengku Razaleigh menjadi Perdana Menteri jika pakatan menang atau wujud keadaan 50-50 pada pilihan raya umum akan datang - UM.
0 comments:
Post a Comment