KUBU BN DITEMBUSI

on Nov 25, 2011


JEMPOL - Gugusan Felda Palong, khususnya Felda Palong 6 mencatat sejarah tersendiri dalam sejarah politiknya apabila Perhimpunan Warga Felda dan Majlis Pelancaran Manifesto Warga Felda berjaya menarik lebih 2,000 peneroka, kelmarin.

Perhimpunan dilancarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Difahamkan, sebelum ini pihak penganjur hanya mampu menarik kira-kira 100 peneroka sahaja untuk sebarang program ceramah daripada Pakatan Rakyat kerana ia adalah kubu kuat Barisan Nasional (BN).

Anwar dalam ucapannya berkata, beliau terharu dengan sambutan diterima dan tidak percaya dengan kebanjiran luar biasa ditunjukkan peneroka Felda, di sini.

Katanya, kubu kuat BN akhirnya berjaya ditembusi PR dan tidak mustahil calon PR akan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Palong pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, beliau percaya kebangkitan warga Felda, khususnya golongan anak muda mampu membantu memberi kemenangan kepada calon PR di Palong, Jeram Padang, Serting dan Jempol.

“Nasihat saya kepada Umno, jangan berdendam, jangan balas dendam dan jangan hukum orang dengan perasaan apabila menyedari sokongan warga Felda kini mula berpihak kepada PR,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas; Adun Bahau, Teo Kok Seong; Adun Ampangan, Rashid Latiff, Ketua Cabang Keadilan Jempol, Karip Mohd Salleh; Yang Dipertua Pas Jempol, Abdul Rahman Ramli dan Ketua AMK Negeri Sembilan, Mohd Nazree Mohd Yunus.

Dalam pada itu, Anwar turut melancarkan Manifesto Warga Felda peringkat kebangsaan yang bertajuk ‘Janji Palong’ sempena pelancaran manifesto di Felda Palong.

Manifesto berkenaan mengandungi enam janji yang akan ditunaikan oleh PR jika mereka berjaya mengambil alih Putrajaya iaitu mansuhkan Felda Plantation, tawaran peneroka baru, perumahan generasi baru, tamatkan penipuan KPG, hapus hutang peneroka dan pemberian insentif kepada peneroka tanam semula secara individu.

Turut diadakan, penyerahan borang kemasu­kan seramai 774 ahli baru dalam PKR, terdiri daripada peneroka di sekitar Felda Palong 2,4, dan 6.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List