Najib Bimbang Yang Amat Sangat..."Sabotaj Calon"

on Dec 14, 2011



PRESIDEN Umno, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak mahukan ahli Umno menjadi orang Umno.
Inilah harapan beliau ketika menyampaikan ucapan dasar, yang tidak merupakan “dasar” Umno – kerana jelas, Najib meninggalkan tradisi parti itu selama ini – satu ucapan dasar yang menyentuh sejarah, berbincang isu semasa dan menunjuk arah dan hala tuju di masa depan.

Jika ada ramalan mengatakan inilah ucapan terakhir sebagai Presiden Umno di hadapan perwakilan, sebelum PRU13, jelas Najib menggunakan kesempatan ini untuk berkempen – sekali gus memalu gendang perang bagi meniupkan semangat kepada jentera utama partinya, bahawa pilihan raya sudah hampir.
Rasa gusar dan gentar Najib kepada orang Umno di hadapannya cukup jelas. Atas sebab itu, Najib berkali-kali bercakap soal jangan khianati parti, utamakan kepentingan parti, jangan pentingkan diri sendiri dan setialah kepada parti.

Dalam diam-diam, perwakilan Umno berbisik, Najib seumpama berpesan, jangan marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Namun, kata mereka, kalau orang itu, itu juga yang duduk dalam kelambu, sedangkan kita semua di luar kelambu dan menjadi mangsa nyamuk, lebih baik bakar aje kelambu itu dan sama-sama boleh “menikmati keseronokan” digigit nyamuk.

Kata mereka lagi, kalau dulu, orang Umno tiada pilihan. Tetapi sekarang, selain Umno, orang Umno boleh memilih banyak parti yang lebih baik dari Umno dan jelas, tidak berminat dengan rasuah dan penyelewengan. Mereka berpendapat, Najib menyeru ahli Umno menjadi orang Umno. Tetapi, dalam masa yang sama, mereka khuatir akhirnya mereka akan menjadi “orang-orang” Umno, yang digunakan untuk menakutkan musuh tanaman di tengahtengah bendang.

Hasil padi dituai mereka tetapi orang yang berjasa diketepikan begitu sahaja. Cuba bertanya dengan Ibu Pejabat Umno, berapa keping pas diberikan kepada Majlis Bekas Wakil-Wakil Rakyat (Mubarak) yang sudah berikrar mahu memberi sokongan kepada BN dalam PRU13? Masalah paling besar dalam Umno, mereka tidak tahu mengenang jasa.

Mereka mahu orang di bawah mengenang jasa mereka tetapi, mereka tidak pernah mahu mengenang jasa orang yang pernah berjasa kepada parti. Najib mahu orang Umno yang hadir supaya berikrar, supaya setia kepada partinya.

Tetapi dalam masa yang sama, Najib sebenarnya takut orang Umno di bahagian-bahagian mensabotaj calon yang diputuskannya dalam PRU13 akan datang. Kenapa Najib terpaksa “menyembah” begitu teruk?
Mengapa Najib terpaksa mengikat orang Umno dengan ikrar dan baiah? Apakah Najib sudah tidak yakin dengan orang Umno yang menghadiri Perhimpunan Agung Umno ke-62, 29 November-3 Disember 2011 ini? Ucapan jurucakap juga melucukan.

Seorang jurucakap dari Pulau Pinang, Dato’ Shahbudin Yahya yang juga merupakan Ketua Umno Bahagian Tasik Gelugor hanya mahu menyampaikan “cerita” kepada perwakilan bahawa Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom “terlalu hebat dan pandai buat kerja”.

Kebetulan, dia adalah Setiausaha Politik kepada Jamil Khir. Jurucakap dari Johor pula, Mohd Tahir Mohd Taat, yang merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Pagoh, menyanjung tinggi kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di Kementerian Pelajaran. Padahal, dia bercakap mewakili Badan Perhubungan Umno Negeri Johor, tetapi, nadanya sebagai jurucakap itu digunakan untuk memuji ketua bahagiannya, Muhyiddin yang merupakan Ketua Umno Bahagian Pagoh.

Jurucakap-jurucakap ini histeria ketika berbahas. Itulah sebabnya, Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr. Mohd Puad Zakarshi dalam tulisan (Mingguan Malaysia, 4 Disember 2011) menegur jurucakap dengan mengatakan, “isu utama yang gagal dibahas dengan baik oleh para pembahas...”

Mereka bercakap kerana mereka “mengampu” dan itulah sebabnya apa yang sepatutnya disampaikan, gagal difahami. Ini kegagalan Dato’ Seri Hishammuddin Hussein selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembahas.
Di sini pun, sudah ada unsur-unsur sabatoj kerana Ibu Pejabat Umno leka menghias bangunan PWTC di mana tempat berlangsungnya perhimpunan ini – tetapi dalam masa yang sama, mereka tidak cukup ilmu untuk menjuarai suara perwakilan dan ahli parti.

Seorang bekas menteri bertanya kepada kawan-kawan sembangnya, mana “dasar luar negara” Najib dalam ucapan dasarnya? Mana “dasar ekonomi” Najib dalam ucapan dasarnya dan mana hala tuju Umno selepas ini dalam ucapan dasarnya?

Jawab rakan sembangnya, Najib pun dah histeria ketika menyampaikan ucapan dasar dan ucapan penangguhannya. Menjerit tidak tentu hala dan macam mahu melepaskan geram – padahal, rakyat di bawah lebih geram dengan apa yang berlaku sejak beliau mengambil alih kepimpinan negara.

Tiga hari perhimpunan berlangsung, laungan dari Dewan Merdeka PWTC berkalikali “meminta” para perwakilan segera masuk ke dewan kerana persidangan mahu dimulakan. Maknanya, perwakilan lebih berminat melepak di luar dan tidak berdisiplin ketika menghadiri persidangan tersebut.
Najib dan Muhyiddin sepatutnya lebih bersedia untuk keluar meninggal Putrajaya dengan menyerahkan segala keputusan di tangan pengundi.

Jika mereka berdua yakin sudah melakukan yang terbaik untuk negara dan rakyat, kenapa mereka perlu gusar dengan keputusan yang bakal pengundi buat?

Sepatutnya dengan sokongan media massa arus perdana, tv dan radio selain beberapa blogger yang menyokong BN, kepimpinan Umno tidak perlu terganggu lena mereka dan tidak perlu hilang selera makan mereka.
Ahli Umno mungkin sudah bersedia menjadi orang Umno tetapi kesetiaan mereka tentunya tidak membuta tuli kerana mereka juga mendapat banyak maklumat tentang kepimpinan negara sekarang.

Jika ramai yang berpendapat kekalahan teruk BN dalam PRU12 kerana serangan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Tun Abdullah Ahmad Badawi, kali ini sepatutnya Najib sudah boleh mengumumkan pembubaran Parlimen ekoran kenyataan Dr Mahathir yang menyokong Najib.

Seperti yang diketahui ramai, Najib sudah terlalu baik buat keluarga Dr Mahathir dan tiada sebab mengapa Dr Mahathir tidak “mahu membalas budi baik” Najib itu.
Tiada siapa menimbulkan isu pemutihan pendatang asing yang kritikal kini dan tiada siapa yang menimbulkan cerita NFC kerana mereka “mungkin sudah diberi ingatan” jangan menyambung lidah pembangkang dalam Dewan Merdeka.

Tentunya, orang-orang Umno yang Najib mahu lahirkan akan mengajar BN jika mereka masih mengekalkan orang-orang yang dilihat tidak bersih dan sudah ditolak rakyat sebelum ini.

Sindiran Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bahawa contohilah beliau yang tidak diberikan tempat dalam jawatan di luar parti sebenarnya mengejutkan Najib dari lena yang terlupa memberi hadiah kepada pemenang jawatan Ketua Pemuda.

Ketika ahli Umno tidak puashati dengan perkembangan sokongan dari rakan-rakan komponen, rata-rata jurucakap tidak berani menyentuh “kekurangan” ini kerana bimbang “luka menjadi semakin parah.”


Oleh SAFAR JUMAAT
Detikdaily


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List