Pakatan Rakyat Patut Tawan PutrajayaPpada 2008

on Jan 19, 2012




Pakatan Rakyat sepatutnya menawan Putrajaya dalam 2008, kata bekas Ketua AMK, Senator Ezam Mohd Nor.
Beliau berkata satu faktor yang membolehkan Pakatan Rakyat menang besar ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang menentang Umno dalam pilihan raya umum 2008.
Katanya, Dr Mahathir menjadi pengkritik utama pentadbiran Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
“Impak Dr Mahathir lebih besar daripada Anwar. Dr Mahathir menggalakkan rakyat ketika itu untuk mengundi parti selain daripada Umno.
“Sekiranya benar Pakatan Rakyat boleh, mereka patut berjaya menawan Putrajaya dalam tahun 2008,” kata Ezam.
Di dalam PRU 12, BN kehilangan majoriti dua per tiga kerusi parlimen dan lima buah kerajaan negeri iaitu Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Perak dan Selangor.
Bagaimanapun, pada pilihan umum ke 13 nanti, Ezam yakin prestasi Umno dan BN dalam PRU ke 13 akan lebih  baik berbanding 2008.
“Umno takkan mencapai keputusan yang lebih teruk berbanding yang lepas dan Pakatan juga takkan mencapai keputusan yang lebih baik berbanding 2008,” kata beliau dalam satu temuramah eksklusif dengan FMT.
`Ahli biasa Umno’
Sementara itu Ezam menolak ura-ura bahawa beliau berhasrat menerajui kerajaan Selangor sekiranya BN menang.
Sebelum ini terdapat ura-ura bahawa Ezam, bekas Menteri Besar Dr Mohd Khir Toyo dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani
Datuk Noh Omar merangkap timbalan ketua perhubungan Umno Selangor disenarai pendek sebagai calon untuk mengetuai kerajaan negeri itu.
“Saya hanya ahli biasa Umno sahaja. Saya juga tidak berhasrat bertanding.
“Sekiranya dicalonkan oleh parti atau Perdana Menteri saya akan menolak,” kata beliau yang kini berpuas hati dengan peranannya sebagai senator.
“Saya pernah berjumpa Naib Presiden Umno Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Shafie Apdal. Saya langsung tidak berbincang mengenai jawatan Menteri Besar,” katanya.
Ezam  menambah bahawa beliau tidak mempunyai peranan dalam Umno Selangor.
“Berdasarkan prinsip, peranan saya hanyalah untuk memastikan (Ketua Pembangkang, Datuk Seri) Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri.
“Saya  juga membantu agenda reformasi Umno,” kata Ezam.”
Bekas orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim  menyatakan kerajaan Pakatan Rakyat kini mewarisi permasalahan sama yang menyebabkan rakyat Selangor menolak Umno dan BN di dalam tahun 2008.
“Menteri Besar memegang banyak sangat portfolio dan perkara ini diwarisi Tan Sri Khalid Ibrahim. Saya akan mencadangkan reformasi dan penyahpusatan kuasa apabila BN akan mengambil alih kuasa.”



Maklumat Asal
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List