Ramalan, Ramalan Dan Ramalan.....Boring Lah.

on Jan 19, 2012




PAS berpendapat bahawa PM Najib Tun Razak akan membubarkan parlimeb pada wal bulan Februari dan memanggil pilihanraya umum ke 13 pada Mac 11.

Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Hatta Ramli menyatakan parti-parti politik di Malaysia sekarang ini hanya tinggal 50 hari untuk bersiap sedia menghadapi pilihanraya.

“Berdasarkan maklumat dalaman UMNO sendiri, Najib akan membubarkan Parlimen apada wal Februari. Hari Pencalonan akan diadakan samada pada 25 atau 26 dan kita akan diberikan dua minggu untuk berkempen sebelum hari mengundi pada Mac 11.

Oleh itu kita hanya tinggal 50 hari untuk bekerja. Tidak ada banyak masa untuk kita duduk dan berehat,” tAhli Parliman Kuala Krai itu memberitahu di hadapan hadirin 500 orang sewaktu majlis perasmian Operasi Pilihanraya PAS Lenggeng di sini.

Dakwaan Hatta diperkuatkan dengan fakta bahawa cuti sekolah peggal pertana untuk tahun 2012 ialah dari 10 Mac hingga 18 Mac.

Dan seandainya benar pilihanraya akan diadakan pada bulan Mac, maka ia berkemungkinan bahawa sekolah-sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi dan guru-guru sekolah akan dilantik sebagai kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya sementara.

Lenggeng merupakan sebuah kerusi DUN yang berada di dalam parlimen Seremban. Pakatan Rakyat memenangi kerusi Parlimen Seremban dan kesemua kerusi DUN di dalam parlimen Seremban di dalam PRU12 yang lalu kecuali DUN Lenggeng. PAS tewas di Lenggeng kepada Mustafa Salim dari Barisan.

"Gimmik Politik"

Sementara itu di majlis yang sama Ahli Parlimen Seremban John Fernandez telah menjadikan orangramai tertawa apabila menyifatkan cadangan SPRM kepada menteri kabinet termasuk ahli keluarga dan anak-anaknya mengisytiharkan harta kepada SPRM seperti “seorang bapa isytiharkan harta kepada anaknya”.

“Ini lawak paling besar.Jika PM dan para menterinya benar-benar telus sila isytiharkan harta kepada umum sepertimana Ketua Menteri pulau Pinang dan para exconya mengisytiharkan asset-asset mereka baru-baru-baru ini. Malah anda boleh semak perinciannya melalui lamanweb kerajaan negeri.

“SPRM ialah sebuah badan berkanun kerajaan. Bagi saya ini hanyalah gimmik politik oleh kerajaan semata-mata kerana pilihanraya ke 13 semakin hampir," tambahnya.

Turut hadir ialah Persuruhjaya PAS Negeri Sembilan Mohd Taufek Abdul Ghani, Ahli Majlis Tertinggi PKR dan Timbalan Ketua PKR Seremban Dr Mohamad Rafie Abdul Malek dan Yang Dipertua PAS Kawasan Seremban MK Ibrahim Abdul Rahman.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List