Seluas 3 Kali Ganda Singapura...?

on Jan 19, 2012





Inilah legasi yang ditinggalkan oleh Umno BN.. yang makin kaya bertambah kaya. Yang miskin makin papa kedana. Pak-pak menteri dan mak-mak menteri makin kaya.. beli kondo buat harta, komisen RM3000,000 tapi rakyat makin hidup tersepit. Begitu jugak, dengan si Taib Mahmud nih.. Pelbagai pendedahan di buat tapi SPRM buat dek jek..macam takde keje. Pendedahan terbaru yang dilakukan oleh portal Sarawak Report nih dapat membuka mata terutamanya rakyat bumi kenyalang.

Dengan berselindung dibawah projek pembangunan Taib dan keluarganya telah dikatkan memperolehi tanah 3 kali lebih luas dari republik Singapura.. Ikuti pendedahan ini..



Tanah Rampasan Taib Mahmud 

Kini sekali lagi para penyiasat dari Bruno Manser Fund telah berjaya membuka mata dunia mengenai kegiatan haram serta terkutuk Taib Mahmud ke atas rakyat dan negerinya sendiri. Pasukan penyiasat itu telah berusaha menjalankan siasatan mereka berpandukan maklumat yang dibocorkan dari Jabatan Tanah dan Survei, seperti yang pernah dikeluarkan dalam blog Sarawak Report.

Berdasarkan laporan BMF itu, kita dapat meneliti betapa banyaknya rampasan tanah yang dilakukan oleh Ketua Menteri dan keluarganya atas rakyat dan negerinya.

Dengan bertopengkan ‘pembangunan’ Taib dan keluarganya telah memperoleh tanah tiga kali lebih luas dari pulau Singapura, walaupun Taib pernah mengatakan bahawa dia ‘tidak mempunyai sebarang perniagaan di negeri Sarawak’ di mana beliau sendiri adalah pengarah syarikat Delta Padi Sdn Bhd.

Menurut maklumat dari BMF, terdapat 50% dari kesemua tanah yang diserahkan kepada Taib Mahmud sekeluarga itu adalah secara percuma! Apakah jenis kerajaan yang menjalankan dasar merampas tanah rakyatnya sendiri?

Kleptokrasi

Kini Taib Mahmud dilihat mengamalkan kleptokrasi, “klepto” dari istilah Greek yang bermaksud “saya menchuri”. Menurut laporan BMF terdapat 200,000 hektar tanah orang tempatan telah diserahkan kepada 31 buah syarikat yang ada kaitannya dengan Taib Mahmud, supaya hutannya menjadi sumber kayu balak dan kemudiannya kawasan perladangan dibuka.

Kesemua syarikat itu telah membayar premium sekecil RM100 juta, iaitu hanya sebahagian dari hasil penjualan kayu balak dan juga hasil penjualan buah kelapa sawit.

Sebagai contoh, pada iklan Onn Mahmud yang ingin menjualkan tanah ladang milik Achi Jaya Plantations telah menetapkan harga sebanyak RM31 juta untuk seekar, iaitu bersamaan dengan RM77 juta untuk sehektar.
Dengan keluasan tanah rampasan Taib sehingga 200,000 hektar, jumlah harganya mencecah RM15.4 bilion. Cuba bandingkan pula nilai RM3.47 juta yang diagihkan oleh kerajaan BN yang diketuai oleh Taib bagi membantu golongan miskin pada tahun ini!

Apakah yang dapat dilakukan oleh Sarawak dengan menggunakan RM15.4 bilion dalam menangani miskin tegar di kawasan pedalaman. Alangkah suatu kesilapan yang besar dan serius jika wang sejumlah itu berada di tangan orang yang tamak haloba seperti Abdul Taib Mahmud itu!

SPRM – degil dalam senyap

Sekali lagi, maklumat yang baru timbul ini akan mendesak pihak SPRM untuk bangun dan bertindak sewajarnya.

Hanya pada bulan lalu sahaja BMF telah mengeluarkan kenyataan akhbar bahawa suatu dokumen penting berkaitan dengan Ketua Menteri telah diutuskan kepada pihak SPRM, yang mendedahkan bagaimana Taib Mahmud dan keluarganya memilik saham dalam 332 syarikat di Malaysia dan 85 buah di luar negara.





Maklumat Asal

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List