Dato Saifuddin Abdullah Akan DiGugurkan.....?

on May 31, 2012




31 Mei 2012 - Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,Dato' Saifuddin Abdullah (foto) berkemungkinan besar tidak lagi akan bergelar Ahli Parlimen selepas Pilihanraya Umum ke-13 ini. Ia berikutan terdapat desas-desus yang cukup jelas daripada UMNO Bahagian Temerloh untuk menggantikan beliau dengan calon lain. 


Jika ini berlaku, maka kemungkinan besar Parlimen Temerloh akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat kali ini. Ramai dikalangan penyokong Saifuddin mahu pemimpin terbabit dikekalkan sebagai calon kerana beliau dilihat lebih disenangi oleh kawan mahu pun lawan. Malah, imejnya yang cukup bersih serta berketerampilan itu amat dihormati oleh rakyat di kawasan ini. 


Namun, kini wujud usaha dalaman UMNO Temerloh sendiri yang mahu mematikan karier politik Saifuddin. Gerakan menjatuhkan Saifuddin kini bukan lagi rahsia, malah turut diketahui oleh penyokong pembangkang sendiri. 


Saifuddin yang pernah menjadi Presiden Majlis Belia Malaysia(MBM) satu ketika dulu amat tidak disenangi oleh kepimpinan UMNO Temerloh. Usaha untuk "memancas" Saifuddin kini sudah dilakukan secara terbuka. Pada Pilihanraya Umum ke-12 lalu, Saifuddin menang di parlimen itu menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad Nizam Hamid dengan majoriti undi sekitar 2,441 undi sahaja. 


Beliau mendapat 21,381 undi, manakala Ahmad Nizam mendapat 18,940 undi. Melihat kepada "swing" rakyat terutamanya kaum Cina sekarang ini, maka kemungkinan besar parlimen itu akan tumbang kali ini. Ramai yang berpendapat, jika Saifuddin dikekalkan maka kebarangkalian itu tidak terserlah. Namun, jika namanya tidak disenaraikan kali ini, maka UMNO BN bakal berhadapan dengan laluan sukar di parlimen itu. 


Mahu atau tidak, pemimpin yang lantang dan bersikap neutral seperti Saifuddin wajar dikekalkan jika BN mahu terus menang di situ. Jika tidak, sudah pasti mereka akan kehilangan kerusi parlimen Temerloh berserta DUN-DUN lain yang berada dalam parlimen tersebut. Harus diingat, salah satu DUN dalam parlimen itu kini diwakili oleh PAS iaitu DUN Kuala Semantan. Maka itu, tidak mustahil parlimen tersebut juga akan tumbang kali ini.

[Ramai yang berpendapat, jika usaha yang dilakukan oleh UMNO Temerloh untuk menjatuhkan Dato' Saifuddin ini berjaya maka ia memudahkan lagi Pakatan Rakyat menakluki parlimen itu pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Ini kerana, ramai penyokong pakatan yang menganggap Saifuddin adalah seorang ahli politik dan tokoh yang berwibawa dalam UMNO. 


Malah, sikap beliau yang lebih neutral terhadap berbagai isu yang berkaitan dengan mahasiswa amat disenangi oleh generasi muda. Namun, dalam UMNO pemimpin sebegini tidak digemari oleh sesetengah pihak. Malah, imej Saifuddin yang bersih itu amat tidak disenangi oleh musuh politiknya. 


UMNO gemar menyimpan pemimpin yang ada banyak masalah agar mudah untuk mereka memerangkap pemimpin terbabit. Namun, Saifuddin dilihat lebih berkarisma daripada yang lain. Apapun, UMNO harus berhati-hati dalam membuat keputusan. Jika tidak pasti buruk padahnya bila kerusi parlimen itu tumbang pada Pilihanraya Umum nanti].

sumber
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List