'Bekas kakitangan awam bebas sokong pembangkang'

on Jun 19, 2012

Post Pic


KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri G Palanivel hari ini menegaskan tidak menjadi masalah kepada bekas penjawat kanan awam untuk menyatakan sokongan mereka kepada pembangkang.
 
Palanivel sebaliknya berkata hak mengundi adalah terpulang kepada individu tersebut untuk menentukan pemimpin yang harus mereka sokong.
 
Palanivel selain itu menegaskan isu seseorang bertukar sokongan dari satu parti ke parti yang lain adalah perkara biasa.
 
“Mesti ada individu yang selalu lompat, ada yang lompat dari Barisan Nasional (BN) kepada pembangkang, ada juga dari pembangkang yang lompat pada kita BN. 
 
"Ini bukan satu hal besar, ini individu, ia bukan satu kumpulan,” katanya ketika ditemui Antarapos.com tadi di parlimen. 
 
Menurutnya lagi, kemasukan bekas-bekas penjawat awam ke parti pembangkang tidak akan memberi kesan yang besar kepada mereka.
 
Perkara tersebut turut disokong oleh Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman.
 
Menurutnya, tidak ada masalah untuk mereka menyertai pembangkang kerana mereka ini bukan golongan orang politik.
 
“Dari segi pengaruh mereka kepada rakyat kita tak fikir ianya menjadi satu perkara yang boleh menggugat BN atau kerajaan,” kata Tajuddin. 
 
Beliau sebaliknya menzahirkan rasa bimbang sekiranya golongan yang menyertai pembangkang ini akan kecewa satu hari nanti tambahan mereka hanya dijadikan alat kepada pembangkang.
 
“Adakah kita yakin pembangkang benar-benar akan beri peluang pada mereka? Mereka hanya jadi alat oleh parti pembangkang. 
 
Saya takut mereka akan kecewa dengan janji-janji dan harapan kosong yang diberikan oleh pembangkang,” katanya.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List