Teman secara peribadi melihat isu Nizar-Istana Johor ini adalah sesuatu yang sangat baik dan positif buat rakyat Malaysia..
Tiada apa cacat celanya twitter oleh DS Nizar dan respons daripada Istana Johor pun adalah sesuatu yang boleh dijangka oleh majoriti rakyat! Apa lagi respons yang kita harapkan daripada Istana Johor?
Bagaimanapun sangat-sangat jelas, UMNO telah memainkan isu ini terlalu garing sehinggakan kini seolah-olah bakal hangus! (overcook).
Respons daripada DS Nizar adalah sangat-sangat 'humble' dan menyerlahkan sifat beliau yang sememangnya semua orang sedia maklum.. seorang yang sangat dekat dengan rakyat dan low profile.
Ramai daripada sahabat-sahabat teman yang non-politiking memberi respon yang sangat baik terhadap isu ini dimana mereka secara jelasnya menghormati cetusan simpati DS Nizar kepada rakyat.
Dan mereke juga tidak menyalahkan Istana Johor secara 'direct' kerana sememangnya apa jua yang berkaitan dengan Istana ianya sangat-sangat sensitif!
Cumanya, peranan keterlaluan UMNO didalam isu ini sangat-sangat jelas bilamana media-media utama milik mereka(baca:UMNO) seolah-olah bagai nak gila memainkan isu ini siang dan malam!
Dan tindakan Istana seolah-olah bersetuju dengan permainan UMNO ini juga sememangnya memperkuatkan lagi kebencian rakyat kepada UMNO tanpa melibatkan pihak Istana Johor itu sendiri!
Teman yakin lagi lama UMNO memainkan isu Nizar-Istana Johor ini lagi teruk reputasi dan imej UMNO dimata rakyat! Eh? Bukankah imej UMNO sememangnya semakin hina di mata majoriti rakyat?
http://budakbalun.blogspot.com
Nizar: Polis rampas telefon, komputer
Bekas menteri besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mendakwa polis merampas telefon bimbit dan juga komputernya dalam satu operasi mengejut yang dijalankan ke atas pejabatnya semalam.
"Dua pejabat pusat khidmat saya di Manjong dan di Bukit Gantang, ibu pejabat PAS Perak serta rumah saya diserbu polis dari Johor. Handphone (telefon bimbit) dan notebook diambil," katanya di Twitter.
Tindakan polis itu dipercayai berhubung siasatan yang dijalankan ke atas Nizar berhubung kenyataannya mengenai nombor pendaftaran WWW1 yang menimbulkan kemurkaan Sultan Johor.
Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan, tiga pejabat Nizar, masing-masing di Ipoh, Bukit Gantang dan Pasir Panjang digeledah polis Johor dalam operasi bermula jam 11.30 pagi.
Polis turut menyerbu kediamannya di Sungai Rokam, namun Nizar pada masa itu tiada di rumah, menurut laporan tersebut.
0 comments:
Post a Comment