Pemberi Maklumat Digari.....Pencuri Ketawa Berdekah Dekah

on Aug 1, 2012



Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli yang ditahan di bawah Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi.
Pendakwaraya memohon mahkamah supaya Rafizi diikat jamin RM100 ribu dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah tetapi peguambela yang diketuai Naib Presiden KEADILAN, N Surendran membantah kerana alasan nilai terlalu tinggi selain Rafizi tidak mungkin ke luar negara tanpa kelulusan parti.

Beliau juga memohon hakim supaya wang ikat jamin dikurangkan kepada nilai kurang dari RM5 ribu.

Bagaimanapun, hakim memerintahkan supaya Rafizi diikat jamin RM15 ribu dan dijamin oleh ADUN seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan pasport antarabangsanya tidak diserahkan kepada mahkamah.

Pertuduhan yang sama turut dikenakan terhadap pemberi maklumat skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) kepada Rafizi, Johari Muhamad.

Beliau yang hanya bergaji RM3 ribu sebulan selain menanggung seorang isteri yang tidak bekerja dan mempunyai tiga anak diarah supaya hadir juga pada 10 September nanti.

Dalam realsi segera, Presiden KEADILAN, Dr Wan Azizah Wan Ismail mengecam sekeras-kerasnya penahanan Rafizi Ramli atas pertuduhan mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989.

“Saya mengecam tindakan polis dan pendakwaan ke atas Rafizi,” kata Azizah dalam mesej twitternya pagi ini.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga dalam satu mesej di Twitter menyatakan bahawa kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos guaman yang akan dikenakan sepanjang perbicaraan berlangsung kelak.

Khalid juga mengecam tindakan polis yang diarah Perdana Menteri Najib Altantuya yang menggunakan kaedah keganasan menahan Rafizi.

Pada 27 Jun lalu, empat pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil keterangan Rafizi beberapa jam selepas beliau mendedahkan perkara itu.

Rafizi ditahan polis pagi ini dan dijangka dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan mengikut Akta Perbankan dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989.

Mengikut paparan twitter beliau, rumahnya diserbu kira-kira jam 7.42 pagi sebelum dibawa ke balai polis Hulu Klang 10 minit selepas itu.

Sekitar jam 8 pagi, Rafizi menyatakan beliau sedang dibawa polis ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dan proses pertuduhan ke atasnya dipercepat, kepada 9 pagi.

Rafizi juga difahamkan Johari turut ditahan polis dan dijangka turut dihadapkan di mahkamah yang sama.

Johari – bekas kerani Public Bank, dikatakan salah seorang pemberi maklumat mengenai pembelian hartanah mewah keluarga Shahrizat di KL Eco City, Bangsar.

Johari ditahan di tempat letak kereta di pejabatnya jam 7.30 pagi sewaktu baru hendak memulakan tugas.

Rafizi sebelum ini disiasat mengikut BAFIA berikutan keberaniannya mendedahkan butiran penyelewengan perbankan NFC dan ahli pengarahnya, 16 Februari lalu.

NFC dikendalikan suami dan anak kepada Ketua Wanita Umno, Shahrizat Abdul Jalil yang menyalah guna peruntukan RM250 juta untuk penternakan lembu fidlot.

Pihak media sedang berada di perkarangan mahkamah bagi menunggu perkembangan lanjut penahanan Rafizi dan Johari.

Menurut ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Rafizi diugut akan dipecahkan pintu rumahnya sekiranya tidak keluar dan bekerjasama dengan polis yang menahannya yang menjerit-jerit di luar rumah yang dianggar sekitar 10 orang termasuk seorang pegawai.

Tambahnya lagi, Rafizi tidak melawan malah meminta polis bertenang kerana perlu menghubungi peguamnya yang juga Naib Presiden KEADILAN, N Surendran bagi meminta nasihat lanjut berhubung proses penahanannya. -jalanpulang

BERITA TERDAHULU

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dicaj di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini dibawah Akta Bafia berhubung isu NF Corporation (NFC)

Di bawa ke Mahkamah Seksyen 6, di hadapan hakim Aslam Zainuddin, dikenakan tuduhan dibawah Sesyen 997 Akta Bank dan Institusi Kewangan (Bafia) 1989

Shah Alam - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, yang menjadi perhatian sejak akhir tahun lalu berhubung isu NFC Corporation, ditahan polis awal pagi tadi.

Naib Presiden PKR, N. Surendran berkata beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam pagi ini.

Rafizi sekarang berada di bangunan mahkamah, kata beliau yang juga seorang peguam ketika dihubungi Sinar Harian Online pada jam 9.15 pagi tadi.

"Jangan risau saya OK. Dah nak sampai mahkamah, " kata Rafizi dalam mesej twitter 16 minit yang lalu.

Dalam satu mesej beliau kira-kira sejam yang lalu, sekitar 8.30 pagi, Rafizi berkata, "aaya baru dimaklumkan bahawa saudari Johari Mohamad juga telah ditahan dan akan didakwa pagi ini bersama-sama."

Dalam mesej kira-kira 7.30 pagi tadi, Rafizi menulis, "saya telah ditahan dibawah Bafia kini dalam perjalanan ke balai polis. Akan dicaj di mahkamah Shah Alam."

"Sampai balai polis Hulu Kelang. BNM akan buat laporan polis sekarang dan rasanya dari situ ditahan secara rasmi," kata beliau dalam mesej seterusnya.

Beliau yang menjadi tumpuan dalam isu NFCorporation, syarikat yang dikaitkan dengan keluarga bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, akan didakwa di bawah Akta Bank dan Institusi kewangan (Bafia) 1989.

Dalam pada itu, Rafizi yang ditemui di lobi mahkamah berkata, dia ditahan pada jam 6.50 pagi oleh sepasukan anggota terdiri daripada pegawai polis dan Bank Negara.

Menurutnya, dia diberitahu penangkapan dibuat di bawah Bafia kerana didakwa terbabit dalam mendedahkan butiran perbankan yang berkaitan dengan skandal NFCorp. -SH


TERKINI

SHAH ALAM 1 Ogos: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dibebas dan diikat jamin berjumlah RM15,000.

Beliau dijamin oleh Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Keputusan itu dibacakan Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Tuan Aslam Zainuddin di kamarnya pagi ini.

Perbicaraan kes ditetapkan pada 10 September depan. -keadilandaily




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List