Kira-kira 15-20 tahun lalu, aku mula mendengar tentang Wadi Hussien, Janda Baik. Bukan tempat itu yang menarik perhatian aku sebab kat kampung aku pun banyak tempat yang menarik macam Janda Baik…tapi pemilik Wadi Hussien itu yang menarik minat aku.
Syed Hussien Al-Attas pada masa itu menjadi rujukan aku kalau nak tau tentang pergolakan politik negara. Kisah-kisah dalaman Umno semua ada dalam poket dia. Dan salah satu daripada daya tarik S.H Al-Attas ialah tulisan yang “real”. Dia tak peduli sapa…dan dalam bahasa aku…”mampuih pi”. Dia tak peduli Mahathir ka, Pak Lah ka, Najib ka…Haji Hadi pun kena katok. Semasa PRK Pengkalan Pasir 2007, S.H Al-Attas menyokong calon Pas. Dia turut sama berada semasa hari Penamaan calon.
Lepas tu aku tak baca dah buku-buku S. H Al-Attas sebab aku tak suka dia menyatakan sokongan terbuka kepada mana-mana parti. Dengan lain perkataan, aku menganggap S.H Al-Attas dah jadi partisan. Dan bagi mereka yang mahu mencari kebenaran, pendapat yang partisan adalah pendapat berat sebelah.
Ahad lalu, aku dapat berjumpa secara peribadi dengan S. H Al-Attas secara tidak sengaja. Perancangan awal ialah untuk berjumpa Uncleseekers. Tapi tuah datang menggolek apabila S. H AlAttas juga berada disana.
Pada awalnya, kami hanya merancang untuk berjumpa Uncleseekers sebab kami hanya mempunyai sekitar dua jam untuk berbincang dengan Uncleseekers..tapi akhirnya lebih dua jam dengan S.H Al-Attas dan tak sampai dua jam dengan Uncleseekers. Berbaloi.
Aku bukan nak cakap tentang Uncleseekers dalam posting ini. Cerita Uncleseekers dalam posting akan datang.
S.H al-Attas berpegang kepada satu prinsip..”Seek the Truth”. Dan sekarang aku tau dari mana datangnya tagline dalam blog Uncleseekers.
Kebenaran bukan saja berkisar tentang politik kepartian, malah tak banyak tentang kisah politik yang diutarakan oleh S.H Al-Attas dalam pertemuan tersebut. Apa yang dibincangkan ialah tentang spiritual dan ritual. Spiritualist and ritualist.
Dan ini membawa aku kembali kezaman “pencarian” aku sejak lebih 25 tahun lalu. Apa yang dilalui oleh S.H Al-Attas juga pernah aku lalui. S.H al-Attas bercakap tentang nilai, tentang Quran, tentang Bible, tentang Ghandi, tentang Jesus. Aku juga pernah menjejaki masjid,gereja, kuil dan ashram dalam perjalanan “mencari kebenaran”.
University of Life, Wadi Hussien Janda Baik menyediakan salah satu modul untuk “mencari kebenaran”. Ianya terbuka kepada sesiapa yang berminat untuk mencari kebenaran.
But don’t get me wrong!!
S.H Al-Attas bukan hendak memberitahu dimana syurga atau dimana Tuhan. Sepanjang perbualan dengannya, dia tidak pernah memberitahu siapa betul siapa salah. Kebenaran bukan disogok..tetapi hanya diperolehi oleh sesiapa yang mencarinya.
Injil tak salah. Malah orang Islam pun diwajibkan mempercayainya. Yang salah ialah tafsiran dan pemahaman.
Quran tak salah. Yang salah ialah tafsiran dan pemahamannya.
So, University of Life, Wadi Hussien Janda Baik, sentiasa menjadi tumpuan kepada mereka yang “mencari” sesuatu.
Balik kepada politik. Memang aku tak boleh lari dari politik.
Kebangkitan sudah mula dirasakan dimana-mana…terutamanya kebangkitan menentang kezaliman, penyelewengan dan salahguna kuasa. “Pemerintah” yang sepatutnya bertanggungjawab kepada “rakyat”, sebaliknya menggunakan rakyat untuk kepentingan mereka. Terlalu banyak pemerintah yang sudah lupa diri, hidup dengan kemewahan atas kesusahan rakyat. Ramai yang hidup dengan keborosan ketika rakyat merasai penderitaan.
Uncleseekers telah “memulakan” pembongkaran tentang kezaliman dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemerintah. Tulisannya didalam blog telah “mencetuskan” kesedaran tentang apa yang dilakukan oleh pemerintah. Sokongan terhadap Uncleseekers terus tinggi walaupun blognya sudah tidak dikemaskini sejak beberapa minggu lalu dan masih ramai yang tertunggu-tunggu artikel didalam blog barunya.
Bukan itu saja…
S.H Al-Attas juga akan begabung tenaga dengan Uncleseekers untuk membongkar lebih banyak penyelewengan dan kezaliman yang dilakukan oleh pemerintah.
Tak lama lagi, sebuah buku yang ditulis oleh S.H Alattas akan berada dipasaran. Apakah pembongkaran S.H Al-Attas akan lebih hebat dari siri Uncleseekers?
Tengok tajuk saja sudah cukup menggemparkan. Setan, Syaitan dan Sultan.
Apakah persamaan diantara Setan, Syaitan dan Sultan? Apakah Sultan dah jadi setan? Ataupun Sultan sudah dirasuki syaitan?
Peerghh!!
Politik negara makin hari makin panas. Anwar sudah memasuki Sabah dan beberapa orang sudah ditakluki. Tapi apakah Anwar boleh menjamin Pakatan menumbangkan BN dalam PRU nanti..atau apakah Anwar sebenarnya menjadi penyelamat kepada Umno?
Najib sudah bergaduh dengan Muhyidin sampai menumbuk meja. Kalau Tun Razak bertanggungjawab menghancurkan Perikatan dan seterusnya menubuhkan Barisan Nasional…apakah Najib akan bertanggungjawab menguburkan BN dan menubuhkan Pakatan Nasional?
Apakah Muhyidin akan bergabung dengan Anwar..manakala Najib pula bergabung dengan Pas?
Bagaimana pula penentangan terhadap Sultan Johor? Bagaimana dengan penentangan terhadap Sultan Perak?
Panas…panas…panas….tunggu buku S.H Al-Attas yang bertajuk Setan, Syaitan dan Sultan.
http://mediaperak.com/2012/07/31/setan-syaitan-sultan/
0 comments:
Post a Comment