Ahli UMNO berbangsa bukan Melayu, beragama bukan Islam

on Nov 15, 2012







Umno bukan parti orang Melayu pun! Apakah Melayu Umno tidak sedar bahawa Perdana Menteri Malaysia yg pertama dulu itu , Tengku Abdul Rahman adalah keturunan Siam?

Bahawa Perdana Menteri Malaysia ke-4, Mahathir Mohamad pula adalah keturunan Malayalee. Korang tentu masih ingat lagi Jeane isteri mantan PM Malaysia, Abdullah tu orang bangsa Serani tetapi boleh diterima menjadi ahli Umno walaupun bukan keturunan Melayu.





Ramai yang bukan Islam yang menganggotai parti Umno. Sebagai contohnya, Charern Intachat Ketua Cawangan UMNO Kota Giam Sungai Baru Bahagian Kubang Pasu, adalah seorang penganut Budha.
Bukan dia sorang…. Charem Intrachat ini adalah Pengerusi Persatuan Siam Malaysia. 

Persatuan ini bernaung di bawah UMNO. Cuba bayangkan, persatuan ini  mewakili Masyarakat Siam di Malaysia yang dianggarkan berjumlah 60,000 dan memberi pengakuan menyokong Umno/BN.

Adakah korang ingat hanya Charem Intrachat seorang penganut Budha tu sorang saja yang jadi ahli Umno? Sila baca di sini

Umno pada realitinya bukan sebuah Parti Melayu Dan juga bukan sebuah Parti Islam. Sepatutnya malu jika mengaku sebagai parti Islam yang terbesar di dunia.

Tetapi yang paling pelik sekali ialah bila Umno menganggap bahawa semua Melayu itu adalah Umno? Kalau tidak menganggotai Umno , maka bukanlah Melayu!

Mereka sanggup menafikan pendokong PAS itu bukan Melayu. Bahawa orang Kelantan tu bukan Melayu hanya kerana mereka menyokong PAS maka Umno perlu sisihkan dan tindas mereka? Apakah hanya Umno punya jati diri Melayu?

Umno beranggapan bahawa orang PAS semuanya adalah kuda tunggangan orang lain.Malah mereka beranggapan diri mereka lebih mulia dari orang Arab walaupun tak ngerti baca al-Quran.
P/S: sampai kiamat melayu FELDA dan melayu kampung akan terus tertipu!






Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List