Lagi Lagi AES.....Kejahatan AES

on Nov 15, 2012






Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) mempunyai tujuan yang baik iaitu untuk mengatasi kemalangan maut. Namun demikian sukar hendak dinafikan bahawa ia dilaksanakan secara jahat dan rakus!

1. Anak tokoh Umno telah memonopoli saham dalam AES. Sebagai Pengarah salah sebuah syarikat yang mengoperasikan AES anak tokoh Umno ini memiliki saham terbesar bernilai RM5.8 juta....juta ringgit weh! Inilah caranya usaha yang didakwa oleh Umno melahirkan golongan usahawan bumiputra yang sebenarnya hanya melahirkan Umnoputra!

2. Jawatankuasa Anti Kempen Saman Ekor (Kase) mempunyai bukti kukuh terdapatnya penyamaran salah sebuah syarikat yang mengendalikan AES menggunakan logo rasmi JPJ yang ditampal pada kenderaan peronda syarikat itu ketika menjalankan operasi di sebelah utara. (JPJ sebuah agensi kerajaan telah menjadi macam hak mak bapak syarikat pelaksana AES dan parti Umno).

3. Kamera AES tiada info lengkap kesalahan. Tidak memaparkan maklumat kesalahan serta gambar kenderaan yang ditangkap secara terperinci. Konon kamera AES yang berharga sekitar RM130,000 setiap satu amat canggih  sedangkan kamera polis hanya berharga sekitar RM20,000 lebih mampu memberi maklumat kesalahan yang lebih lengkap.

4. Pendapatan saman AES...tuuu dia!!! FASA 1: Sejumlah 5 juta saman pertama, syarikat pengendali AES dapat RM16 setiap saman = RM80 juta. FASA 2: RM540 juta kutipan seterusnya dikongsi 50% antara kerajaan Umno/Bn dengan syarikat = RM270 juta. FASA 3: Kutipan berikutnya  7.5% akan diambil syarikat  dan kerajaan Umno/Bn akan kutip selebihnya. Jika RM5 bilion kutipan setahun, syarikat dapat RM80 juta Fasa 1; RM270 juta Fasa 2; RM350 juta Fasa 3 = RM700 juta setahun.

6. Dalam masa 8 hari kamera AES beroperasi (Sept 2012); 63,558 saman dikeluarkan dengan nilai RM19,067,400 (berdasarkan satu saman RM300). Jika setahun nilai akan mencecah RM870,862,625.

Maka itu usaha Kase memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap perkara tertentu dalam pengoperasian AES adalah amat wajar demi kepentingan rakyat dari penindasan yang mampu mengayakan para kroni dan Umno!




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List