BODEK AMPU YANG MEMBAWA PADAH.

on Dec 11, 2012






Mantan Penyelaras MCA/BN Parlimen Selayang Ms Jessie Ooi, telah mengetuai sendiri satu demo mendesak pucuk pimpinan MCA supaya menimbang kembali keputusan MCA tidak melanjutkan khidmatnya sebagai penyelaras MCA/BN Parlimen Selayang.

Beberapa sepanduk dan kain rentang yang menyokong beliau telah dibawa bersama oleh para penyokongnya.

Inilah dinamakan orang GILA KUASA.

Baru taraf penyelaras parlimen tidak disambung sendiri mengetuai demo...belum lagi pegang jawatan Menteri atau Timbalan Menteri maupun Ahli Parlimen dan ADUN..  Mau dia mengamuk.

Selalunya para penyokongnya saja yang buat demo. Tapi dalam kes ini dia sendiri menjadi ketuanya pula.

Pemimpin wanita MCA ini mula dikenali apabila dia cuba nak jadi jaguh dengan membodek Presiden MCA, Chua Soi Lek ketika satu perdebatan antara Chua Soi Lek dengan YAB Lim Guan Eng.

Semasa soal jawab beliau dengan suara yang nyaring dan bernada tinggi telah membidas YAB Lim Guan Eng dengan kata-kata" Beliau adalah separa anak Pulau Pinang...Mengapa pegawai penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) menggunakan tow truck diwaktu malam pada para pesalah trafik"...Ungkapan ini telah menjadi bahan ejekkan kepada beliau kerana melontarkan soalan yang bodoh lagi bangang. Soalan makan diri yang memberi malu besar kepada MCA sendiri.

Nampaknya bodek ampu beliau kepada Presiden MCA tidak dibalas dengan setimpal seperti yang beliau harapkan.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List