Belum ada lagi siasatan terhadap dakwaan Deepak (KLIK SINI), kes lembu NFC belum selesai lagi (KLIK SINI), ditambah siasatan dan perbicaraan mahkamah Perancis terhadap skandal pembelian kapal selama Scorpene yang membabitkan komisen setengah bilion ringgit dan juga pembunuhan (KLIK SINI) dan ______________.
Terbaru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) & Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat “satu pengesahan” menjelang Pilihanraya Umum ke 13 kelak…..
Hasil siasatan & proses saringan SPRM & PDRM ini terhadap semua calon Barisan Nasional (BN) ini dilaporkan sendiri oleh Setiausaha Agong UMNO, Tengku Adnan Tengku Mansor.
Tengku Adnan : Semua Calon Barisan Nasional Bersih & Bebas Masalah
PUTRAJAYA — Semua calon Barisan Nasional (BN) yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU Ke-13) bebas rasuah dan jenayah, kata Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.Beliau berkata bakal calon BN bagi kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) telah melalui proses saringan teliti termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi untuk memastikan calon tersebut ‘bersih’ dan bebas masalah.
“Semua calon BN yang bakal bertanding telah melalui proses saringan yang teliti,” katanya.Selain itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno berkata latar belakang bakal-bakal calon BN juga dikaji secara mendalam untuk memastikan mereka adalah pilihan rakyat.“Kita mahu calon yang bakal bertanding itu adalah mereka yang dikehendaki rakyat, bukannya kehendak parti atau individu-individu dalam parti. Kita mahu calon yang rakyat fikirkan dia boleh mewakili rakyat,” katanya.
Baru-baru ini, Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM Datuk Johan Jaaffar mencadangkan semua parti politik menghantar senarai calon yang akan bertanding dalam PRU Ke-13 untuk ditapis SPRM.
Cadangan itu adalah untuk memastikan calon-calon yang bakal bertanding ‘bersih’ daripada rasuah selain mengelak sebarang tohmahan tidak berasas ke atas mana-mana individu atau parti di belakang calon itu. [Sumber : Bernama]
Adakah dengan keluarnya pengakuan & pengakuan seperti ini maka akan terhapuslah segala kesangsian & persoalan yang berlegar di minda rakyat Malaysia bahawa semua calon yang bakal bertanding dalam Pilihanraya Umum ke 13 kelak, “benar-benar” BERSIH?
0 comments:
Post a Comment