Khalid: PR yakin menang 115 kerusi parlimen

on Apr 27, 2013



Abdul Khalid Ibrahim

Pakatan Rakyat (PR) yakin akan memperolehi 115 kerusi parlimen dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) sekali gus membentuk kerajaan pusat, demikian menurut Pengarah Pilihan Raya PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, keyakinan itu dizahirkan berikutan hasrat rakyat yang inginkan perubahan.

"Kajian menunjukkan dalam keadaan sekarang penerimaan rakyat begitu hebat. Kita akan dapat (menang) sekurang-kurangnya 115 kerusi parlimen.

"Sebab itu ramai yang sudah takut, angka itu menunjukkan rakyat mahu ubah (kerajaan)," katanya ketika berucap di Bilik Gerakan JDM Sri Sabah, Bandar Tun Razak malam tadi.

Beliau yang juga Menteri Besar Selangor  menasihatkan mereka yang mengikuti ceramah PR agar menyebarkan 'semangat ubah' kepada ahli keluarga terdekat masing-masing.

"Rakyat mahu ubah, saya nak ingatkan semua di sini, kerajaan dulu tidak pentingkan rakyat. PR lebih rapat dengan rakyat.

"Macam mana nak buat? Begini, malam ini semua orang yang ada di sini balik berbincang dengan isteri, saudara mara supaya dapat sokong kita," katanya.

Beliau yang bertanding mempertahankan kerusi Bandar Tun Razak menyifatkan kemenangan yang bakal diperolehi PR pada 5 Mei ini adalah sesuatu "kemenangan yang sangat manis."



SUMBER

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List