PEMIMPIN UMNO TERKEDU BILA CHUA SOI LEK SERANG PAK LAH... MANA PERKASA MANA PEKIDA...?

on Apr 27, 2013





Barangkali inilah hasilnya apabila berkawan dengan Umno terlalu lama. Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek yang sudah kehabisan isu mengambil Tun Abdullah Badawi sebagai sasarannya untuk dihina sebelum digunakan untuk menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Chua pernah dipaksa meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan di bawah pentadbiran Pak Lah ekoran skandal seksnya.

Setelah Pusat Kajian Pilihan Raya dan Demokrasi Universiti Malaysia (UMCEDEL) melaporkan Anwar kini di depan popularitinya berbanding pemangku Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Chua menyerang dengan mempersendakan pendidikan Pak Lah.

Beliau berkata Pak Lah berkelulusan agama dan oleh itu, tidak mahir dalam ekonomi.

"Apabila Pak Lah memimpin negara, setiap hari beliau akan bercakap mengenai Islam Hadhari, tetapi tidak pernah tentang ekonomi,” kata Chua.

Islam Hadhari adalah slogan Pak Lah ketika menjadi perdana menteri sebelum ditukarkan kepada 1Malaysia di bawah Najib setelah beliau diasak bersara oleh pergolakan dalaman Umno.

Chua berkata Anwar juga berlatarbelakangkan Islam seperti Pak Lah, Chua, yang sebelum ini dikritik kerana menghina Islam di depan awam, berkata cara Najib adalah berlainan.

"Pak Lah adalah sama seperti Anwar (atas), mereka tidak tahu tentang ekonomi, mereka hanya bercakap mengenai doa," kata Chua yang dipetik Malaysiakini.

Pada tahun 2008, semasa mengumumkan perletakan semua jawatan daripada parti dan kerajaan hanya beberap minggu sebelum pilihanraya umum ke 12 yang menyaksikan MCA tewas hampir di semua kerusi, Chua ketika itu menyatakan bahawa perletakan jawatan beliau adalah di dalam konteks Islam Hadhari.

“Saya bimbang sekiranya saya terus memegang jawatan di dalam kerajaan mahupun parti, ia akan menjadi beban kepada kerajaan dan juga parti, terutamanya dalam konteks Islam Hadhari dan politik sihat yang dicanang presiden parti saya (Datuk Seri Ong Ka Ting),” kata Chua, yang merupakan naib presiden MCA ketika itu.

Dalam kajian UMCEDEL terhadap 1,407 responden pengundi berdaftar yang dibuat pusat kajian itu, 43 peratus pengundi memilih Anwar sebagai Perdana Menteri berbanding 39 peratus untuk Najib.

Kajian ini telah dibuat selepas parliamen dibubarkan (3 April) hingga hari penamaan calon 20 April.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List