NAJIB DAN MAHATHIR PENGSAN , MELAYU JOHOR SEDIA ' PANGKAH' CALON BUKAN MELAYU.!!!

on Apr 14, 2013





Ketua-ketua Pakatan Rakyat melancarkan Manifesto di Johor. Masyarakat Cina membentuk 56 peratus pengundi di Kulai, dengan 32 peratus pengundi Melayu, dan bakinya pengundi India.

Kesediaan pengundi Melayu di Johor memilih calon yang bukan Melayu membayangkan Pakatan Rakyat (PR) berkemungkinan akan memperoleh beberapa kerusi di negeri yang kini menjadi tumpuan apabila pembangkang meletakkan kepimpinan utama mereka bertanding di negeri berkenaan.

PR telah mula menggerakkan kempen mereka untuk menembusi tembok penghalang kubu kuat Umno dan Barisan Nasional (BN) di Johor apabila meletakkan Penasihat DAP Lim Kit Siang di kerusi Parlimen Gelang Patah dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub di Parlimen Pulai.


Kebanyakan pengundi Melayu yang ditemui The Malaysian Insider ketika ceramah PR di Kulai malam tadi menyatakan kesediaan mereka mengundi calon bukan Melayu PR atas prinsip perjuangan mereka yang tidak membezakan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

“Penerimaan pelbagai kaum kepada pimpinan PR menunjukkan tidak ada satu jurang antara semua,” kata Mohd Noor Omar, 40, yang telah 12 tahun menetap di Kulai.

Sementara Nordin Borhan, 64, dari Pontian turut meluahkan perkara sama ketika ditanya berhubung perkara itu.

“Tiada masalah pilih calon bukan Melayu, yang penting wakil rakyatnya bagus ... tidak guna juga pilih sama bangsa tetapi hujung-hujung menganiaya bangsa sendiri,” tegasnya.

PR mempunyai keahlian daripada tiga parti komponen utama pembangkang daripada pelbagai kaum -DAP-PAS-PKR, berbeza dengan BN yang mempunyai parti komponen berteraskan kaum.


Dua parti komponen terbesar BN adalah MCA, yang merupakan parti bagi masyarakat Cina manakala MIC merupakan wakil suara masyarakat India dalam gabungan pemerintah tersebut.

Selain PKR, DAP yang dikatakan parti cauvinis Cina oleh pemimpin Umno turut mempunyai ahli dan calon daripada kaum Melayu, begitu juga PAS yang membuka keahlian kepada masyarakat bukan Melayu melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) malah turut membenarkan dua ahlinya bertanding menggunakan lambang parti berkenaan.

“Saya tiada masalah ... jika calonnya baik, kita ketepikan lambang parti,” kata Sadiah Tengah, 48, dari Senai yang ditemui ketika ceramah pemimpin utama PR di sini.

Berbeza dengan pendirian itu, pengundi Cina bagaimanapun masih melahirkan rasa was-was terhadap kumpulan pengundi Melayu kerana tidak yakin kaum majoriti yang membentuk 60 peratus daripada 28 juta populasi di Malaysia itu akan mengundi calon daripada kaum lain.

Ketika ditemui, sebahagian penyokong Cina PR menyuarakan rasa was-was kemungkinan pembangkang akan memenangi Pilihan Raya Umum 2013 kerana undi Melayu berkemungkinan lebih memihak kepada BN.

Bekas pemandu lori berusia 50 tahun yang ditemui The Malaysian Insiderberkata BN dikenali dengan rasuah, namun menolak untuk memberikan komen parti mana dirasakannya akan memenangi kawasan berkenaan.

“Siapa menang tak penting, yang penting adalah siapa menjaga kepentingan rakyat,” katanya yang hanya mahu dikenali sebagai Tay, dan menambah ia bakal menyaksikan pertempuran ‘50-50’ antara kedua-dua parti.

Ditanya kebarangkalian untuk PR menang di Kulai, Wong, 60 berkata: “Malaysia ada banyak Melayu,” dan menambah perkataan “Umno” yang merujuk kepada komuniti berkenaan yang menjadi penyokong tegar BN.

Ceramah di kawasan yang dimenangi bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting itu turut menyaksikan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Permai, Mazlan Aliman memberikan ucapan di hadapan hampir 5,000 penyokong PR yang turut jadir dari daerah berhampiran.

Ong memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 11,744 menewaskan calon DAP Ng Pak Siong.

Mazlan, yang juga Pengerusi Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) turut mengemukakan janji untuk berkhidmat sepenuhnya kepada 21,000 penduduk di DUN berkenaan sebagai pelan pertama beliau jika menjadi ADUN kawasan berkenaan.

“Seratus peratus bulan pertama saya akan sumbang untuk pengundi Bukit Permai, bagi memastikan perjuangan untuk rakyat pelbagai kaum menjadi fokus utama kita,” kata Mazlan dalam ceramah beliau.

Masyarakat Cina membentuk 56 peratus pengundi di Kulai, dengan 32 peratus pengundi Melayu, dan bakinya pengundi India.

Selain itu, kehadiran jumlah penyokong yang ramai pada malam itu turut didorong oleh ‘aura’ Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bersama Lim Kit Siang, apabila kebanyakan masyarakat Melayu mengakui ingin melihat secara dekat kedua-dua pemimpin veteran tersebut.

Selain gerai makanan dan menjual barangan dan produk parti - seperti kebiasaan ceramah PR - ceramah di Kulai malam tadi turut melihatkan gerai makanan peniaga Cina didirikan yang memberi petunjuk kehadiran pengundi Cina yang ramai ketika ceramah itu berlangsung.

Penganjur ceramah berkenaan, Koordinator Media DAP Kulai Wong Shu Qi juga mengesahkan lebih RM20,000 derma berjaya dikutip pada malam itu
.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List