Rahsia Tan Sri Abu [Maju Holding] kaya raya

on Apr 14, 2013






"Beliau (Tan Sri Abu Sahid) cuba memberi penjelasan kepada saya, tapi saya nasihatkan beliau untuk menjelaskan kepada umum kenapa lebuh raya itu dijual, dan kenapa beliau membuat keuntungan daripada kontrak kerajaan...Kamu jual milik kamu, bukan hak orang lain. Ia sama teruk seperti menjual permit untuk kereta import (AP).”  - Tun Dr Mahathir Mohamad

Selepas isu lembu yang menjadikan ramai orang Melayu diheret menjadi lembu dan isu Tajuddin Ramli yang 'dibebaskan' draipada hutangnya, kini timbul pula satu 'rahsia' baru yang didedahkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Persoalannya, apakah menjadi amalan biasa ahli perniagaan Bumiputera membuat keuntungan mudah dengan menjual sesuatu yang didapati daripada kerajaan?

Dan kenapa pula yang kaya dan TERPILIH melakukan perkara sebegini sedangkan ramai lagi Bumiputera yang berharap mendapatkan peluang seperti ini tetapi tidak mendapatnya?

Ramai yang mahukan geran kerajaan tetapi tidak berjaya tetapi pihak yang mendapatnya membuat keuntungan mudah.



Apakah ini akan menjadi satu lagi isu politik yang akan menyaksikan RAKYAT SEMAKIN BENCI KEPADA BARISAN NASIONAL?

 Hari ini mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menuntut Tan Sri Abu Sahid Mohamed menjelaskan tindakannya menjual Lebuh raya Maju Expressway (MEX) kepada umum.

Ini kerana penjualan itu menyaksikan beliau memperolehi keuntungan. MEX yang 96.8 peratus milik Abu Sahid menguasai 91 peratus pegangan saham.

MEX adalah konsesi terbesar untuk lebuh raya 26km — menghubungkaan Kuala Lumpur ke Cyberjaya, dan Putrajaya.

Penjualan bernilai RM1.7 bilion bulan lalu menimbulkan tanda tanya terhadap perjanjian Abu Sahid Maju Holdings Sdn Bhd yang membuat keuntungan sebanyak RM660 juta dan RM1 bilion hanya selepas empat tahun beroperasi.

Pembinaan konsesi lebuh raya bernilai RM1.3 bilion itu dibuat atas geran daripada kerajaan bernilai RM976 juta. MEX siap dibina pada Disember 2007 dan mula beroperasi Januari berikutnya.

Bekas perdana menteri itu, yang masih lagi dilihat berpengaruh dalam kerajaan dan Umno berkata, Abu Sahid ada berjumpa untuk memberikan penjelasan kepada beliau.

"Beliau cuba memberi penjelasan kepada saya, tapi saya nasihatkan beliau untuk menjelaskan kepada umum kenapa lebuh raya itu dijual, dan kenapa beliau membuat keuntungan daripada kontrak kerajaan,” kata Dr Mahathir.

Bekas Perdana Menteri itu berkata: “Kamu jual milik kamu, bukan hak orang lain. Ia sama teruk seperti menjual permit untuk kereta import (AP).”

EP Manufacturing Berhad bulan lalu telah membuat perjanjian dengan Maju Holdings untuk memiliki Maju Expressway (MEX) pada harga RM1.15 bilion, dan dengan anggaran hutang sebanyak RM550 juta, jumlah perjanjian itu bernilai RM1.7 bilion.

Terdapat juga laporan Maju Holding telah memberikan projek pembinaan MEX kepada kumpulan Australia Leighton.

Berapa lamakah lagi isu-isu sebegini akan berterusan?

Tidakkah perbuatan seperti ini mencerminkan wujudnya pentadbiran yang PILIH KASIH dan menjadikan YANG KAYA SEMAKIN KAYA?


Apa benda skandal  maju Holding? siapa cukong2 taiko kaya dalam Maju Holding?



bahagian 2

bahagian 3

bahagian 4

sumber dari "King Of Goblok"
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List