BANYAK LAGI ORANG YANG AKAN MEROYAN LEPAS NI....

on May 12, 2013



Cabar Anwar hapus hak istimewa Melayu


Cabar Anwar hapus hak istimewa Melayu.... Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencabar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya.

Beliau juga tidak percaya Ahli Parlimen dan Adun yang berbangsa Melayu serta beragama Islam daripada Pas dan PKR boleh bertindak sedemikian.

“Saya mahu cabar Anwar. Kalau anda dapat tubuhkan kerajaan, beranikah anda hapuskan hak Melayu? Kalau berani saya nak cadangkan, sekarang di negeri Selangor mereka ada dua pertiga dan mereka boleh pinda perlembagaan negeri dan dalam perlembagaan itu menyatakan bahawa Menteri Besar mesti Melayu.

“Saya nak tanya 15 Adun Pas dan PKR yang Melayu adakah mereka berani nak pinda pelembagaan negeri Selangor dan segala peruntukan yang ada kepentingan pada Bumiputera, dia sanggup tak nak pinda?” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.

Nazri berkata, siapa juga jadi kerajaan, hak keistimewaan Bumiputera dan Melayu serta Islam sebagai agama rasmi tidak akan dipinda sesiapa termasuk kerajaan pakatan.

Mengenai pengundi Cina menolak BN, beliau berkata, mereka menganggap kerajaan tidak ikhlas dalam melaksanakan konsep 1Malaysia kerana masih mengekalkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.

“1Malaysia maknanya sama rata, tetapi kita (kerajaan) masih ada lagi hak Bumiputera dan perdana menteri telah menjelaskan bahawa 1Malaysia berpaksikan kepada perlembagaan,” katanya.

Ahli Parlimen Padang Rengas itu turut menyifatkan parti pembangkang sebagai ‘hipokrit’ kerana menolak keputusan pilihan raya di sesetengah tempat sedangkan menerima keputusan di tempat yang mereka menang.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List