Sikap tamak haloba Azmin menyebabkan kemerosotan kerusi DUN PKR di Selangor...?

on May 12, 2013





Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) menyaksikan kedudukan Pakatan Rakyat (Pakatan), yang terdiri dari gabungan PAS, DAP dan PKR, di Selangor semakin kuat.

Pakatan semakin kuat walaupun usaha untuk mengambil alih pentadbiran negeri yang paling kaya itu diketuai sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor.

Pencapaian PAS paling memberangsangkan apabila berjaya memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berbanding hanya lapan DUN pada tahun 2008.

DAP pula menambah dua kerusi iaitu daripada 13 DUN pada PRU-12 kepada 15 DUN pada PRU-13 Ahad lepas.

Namun PKR mengalami kemerosotan apabila memenangi 14 kerusi DUN kali ini, berbanding 15 DUN pada tahun 2008.

Siapa yang harus dipersalahkan kalau bukan Timbalan Presiden PKR yang juga Pengerusi PKR Selangor, Mohamed Azmin Ali. Beliau harus bertanggungjawab di atas kemerosotan kerusi DUN PKR di Selangor.

Umum mungkin melihat pada angka dan beranggapan PKR cuma kalah satu kerusi DUN tetapi apa yang orang ramai tidak sedari ialah ini adalah akibat sikap tamak haloba Azmin.

PKR sepatutnya boleh menang di dua lagi DUN (Semenyih dan Kota Damansara) menjadikan sekurang-kurangnya memenangi 16 kerusi DUN di Selangor.

Hanya kerana isu kecil penggunaan logo (genggam tangan) PSM (Parti Sosialis Malaysia), yang akhirnya PSM mengalah dan bersetuju menggunakan logo PKR.

Azmin tanpa belas kasihan dan bertimbang rasa terhadap usaha dan gerak kerja Setiausaha PSM, S Arutchelvan di Semenyih sejak lebih 10 tahun lepas, membuat keputusan agar PKR tetap bertanding di DUN Semenyih.

Seterusnya bos Azmin iaitu Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim langsung tidak membantah keputusan Azmin dan tanpa rasa bersalah kepada PSM, seterusnya mengumumkan Hamidi Hassan sebagai calon DUN Semenyih pada malam 4 April lalu.

Sumber PAS memberitahu FMT, apabila senario ini berlaku, ia mendesak PAS juga untuk meletakkan calonnya sendiri di DUN Kota Damansara kerana tidak mahu rugi dari segi pembahagian kerusi apatah lagi ianya kerusi yang berpotensi dimenangi PAS.

Maka PAS mencalonkan Ridzuan Ismail di Kota Damansara walaupun penyandang DUN itu, Dr Mohd Nasir Hashim bertanding di situ.

Tidak mungkin Ridzuan menghantar kertas pencalonan kalau tidak mendapat watikah daripada PAS Pusat sedangkan pada asalnya PAS tidak pernah menyatakan hasrat untuk bertanding di Kota Damansara.

Arutchelvan dan Dr Nasir masing-masing calon yang paling layak untuk bertanding di DUN Semenyih dan DUN Kota Damansara.

Akhirnya mereka bukan sahaja terpaksa bertarung dengan calon BN tetapi juga dengan PKR dan PAS; walaupun Setiausaha PAS, Datuk Mustafa Ali mengarahkan Ridzuan menarik diri dari bertanding di Kota Damansara.

Pakatan lawan Pakatan

Kalau bukan sebab Azmin yang disebut-sebut mempunyai cita-cita untuk menjadi Menteri Besar Selangor, yang membuli PSM dengan meletakkan calon di Semenyih, maka situasi “Pakatan Rakyat lawan dengan kawan Pakatan Rakyat” tidak akan wujud di DUN Semenyih dan DUN Kota Damansara.

Jika Arutchelvan dan Dr Nasir dibiarkan bertanding atas tiket PKR, sudah tentu hari ini PKR mempunyai 16 kerusi DUN di Selangor dan kedudukan Menteri Besar terjamin.

Apa yang sedang berlaku sekarang ialah, PKR sudah hilang hak untuk tuntut jawatan Menteri Besar secara automatik. Malah Azmin juga boleh lupakan angan-angan beliau (jika benar spekulasi) untuk duduk di kerusi empuk sebagai orang nombor satu kerajaan negeri Selangor.

Kini kedudukan PKR untuk duduk di kerusi Menteri Besar Selangor terletak atas ehsan (courtesy) PAS dan DAP. Dikhabarkan PAS dan DAP selesa dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dan mahu beliau meneruskan agenda pembaharuan di Selangor.

Bagaimanapun apa yang mungkin berlaku PKR terpaksa mengorbankan satu lagi jawatan Exco kepada PAS sebagai ‘make weight’ dalam rundingan ‘bargaining’ tersebut iaitu Abdul Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor.

Azmin mungkin terpaksa mengigit jari dan kuasa menentukan siapa Menteri Besar Selangor bukan ditangan beliau mahu pun ditangan Anwar tetapi PAS dan DAP yang akan menentukan.

Azmin juga sepatutnya membuat pertukaran strategi saat akhir dengan meletakkan calon DUN Bukit Melawati, S Manikavasagam di DUN Ijok kerana lawannya ialah K Partiban dari BN.

Seharusnya Azmin mencaturkan calon PKR DUN Ijok, Idris Ahmad pula bertanding di DUN Bukit Melawati bertemu calon BN, Jakiran Jacomah.

Keputusan PRU-13 di DUN Bukit Melawati menunjukkan Manikavasagam gagal mendapat undi yang banyak di kawasan majoriti pengundi Melayu. Ada kesilapan strategi di sini.

Diharap Azmin tidak menyalahkan Pakatan Rakyat sebaliknya diri beliau sendiri yang mempunyai kelemahan.





Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List