Sidang Media Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali yang dikhabarkan akan diadakan di Hotel De Palma pada jam 11.00 pagi ini dipercayai telah diubah ke Ibu Pejabat KeADILan di Tropicana Petaling Jaya.
Jika benar dakwaan ini, maka kemungkinan besar sidang media panas yang dikhabarkan itu hanya akan menjadi suam-suam kerana diadakan di rumah sendiri.
Sebelum ini ramai pihak yang menjangka Azmin akan membuat sidang media tergempar untuk mengumumkan keputusan keluar dari Parti Keadilan Rakyat. Namun, dengan perkembangan terbaru ini maka kemungkinan itu pasti tidak menjadi kenyataan.
Mana mungkin Azmin umum keluar PKR di ibu pejabat parti itu sendiri. Apapun, sama-sama kita nantikan apakan intipati sidang media Azmin Ali itu tidak lama lagi.
Apapun, ramai pihak yang menggesa beliau batalkan sidang medianya kerana ia akan lebih mengeruhkan keadaan. Umum mengetahui isu Menteri Besar Selangor menjadi agenda utama Azmin pada sidang media itu nanti sebenarnya.

0 comments:
Post a Comment