Showing posts with label automatif. Show all posts
Showing posts with label automatif. Show all posts

Proton Perkenalkan Model Baru Proton Saga Edisi 2011

on Dec 16, 2010

Ramai sebenarnya sudah melihat edisi baru Proton Saga ini apabila Paul Tanmemberi liputan di Thai Auto Expo 2010. 
Kini, kereta ini di’lancarkan secara rasmi di Malaysia.
Model facelift untuk Proton Saga ini secara rasminya di’beri nama Saga FL yang mungkin membawa maksud Saga FaceLift. Mudah caranya Proton memberi nama baru. I like!
Model ini akan bermula dengan harga serendah RM37,998 untuk model Saga FL 1.3 Standard M/T & high end model 1.3 Executive A/T berharga RM43,298.
Untuk liputan lebih lanjut, halakan skrin monitor anda ke laman blog automotif terkenal Malaysia, Paul Tan & kami petik sedikit gambar Proton Saga FL untuk tatapan anda. 


proton saga 2011 (Gambar) Proton Perkenalkan Model Baru Proton Saga Edisi 2011


dsc 0682 770 (Gambar) Proton Perkenalkan Model Baru Proton Saga Edisi 2011




dsc 0688 770 (Gambar) Proton Perkenalkan Model Baru Proton Saga Edisi 2011


dsc 0692 770 (Gambar) Proton Perkenalkan Model Baru Proton Saga Edisi 2011


dsc 0693 770 (Gambar) Proton Perkenalkan Model Baru Proton Saga Edisi 2011


dsc 0698 770 (Gambar) Proton Perkenalkan Model Baru Proton Saga Edisi 2011


dsc 5933 770 (Gambar) Proton Perkenalkan Model Baru Proton Saga Edisi 2011


dsc 5940 770 (Gambar) Proton Perkenalkan Model Baru Proton Saga Edisi 2011

HEBAT NYA MALAYSIA.....ADA DUA TEAM DALAM FORMULA ONE.

on Dec 11, 2010

Lotus vs Lotus dalam Formula One. 






Wow...!! Ala warung tomyam. Nampaknya Proton yang berpatah arang dengan Lotus  Racing Team dan gagal "mengambil balik" nama Lotus yang digunakan oleh pasukan F1 milik taukeh Air Asia kini mengumumkan pengambil-alihan pasukan Renault untuk membentuk pasukan Lotus Renault GP.

Menariknya, Lotus Racing Team yang musim lalu menggunakan enjin Cosworth akan menggunakan enjin Renault pada kejohanan Formula One musim depan. Maknanya ada dua team Lotus+Renault atas sirkit F1 mulai tahun depan. Satu milik taukeh AirAsia dan satu lagi milik Proton. Khabarnya kedua-dua team ini akan guna warna tema yang sama - Hitam dan Emas! Wow...!! Hebat Malaysia!

Teringat pula gaya orang kita berniaga kat food-court. Apabila nampak kat sebelah jual tomyam laku, masing-masing pakat nak jual tomyam yang akhirnya semua jual tomyam. Yang nak jual nasi lemak tak ada. Akhirnya tomyam tak laku. Haha...

Inilah gayanya orang kita. Sebab tak puas hati tak dapat miliki nama Lotus  Racing Team, Proton si pemilik syarikat pengeluar kereta Lotus Group di UK buat team F1 sendiri dengan beli Renault Team. Sebelum ini, Lotus  Racing Team dimiliki dan didaftarkan oleh seorang individu  - David Hunt yang kemudian dibeli oleh Tony Fernandez & Friends.

Model kereta Lotus Renault GP musim 2011. Khabarnya kereta Lotus Racing Team pun guna warna hitam & emas.
Aku tak kisah kalau Proton nak masuki perlumbaan F1 lagi bagus sebab Malaysia bakal ada dua team sekali gus tapi yang tak sedapnya dua-dua team Malaysia nama Lotus dan guna enjin Renault. Satu namanya Lotus Racing Team dan satu lagi Lotus Renault GP. Haiii pening...! 

Tapi dalam perlumbaan F1 kes dua team guna nama sama bukanlah pelik sebab setahu aku team Red Bull pun ada dua team dalam F1. Satu Red Bull Racing (RBR Renault) yang jadi juara musim ini dan satu lagi Red Bull (STR-Ferrari). Tapi mereka ada dua team bukan sebab bergaduh tetapi sebab Red Bull buat team sendiri tetapi masih ada kontrak dengan STR yang akhirnya nampaklah ada dua team pakai logo Red Bull. 

Aku harap "persaingan" antara kedua-dua team Malaysia ini memberi impak positif kepada negara dan bukan berlumba kerana masing-masing nak tunjuk terror. Maklum nak sertai F1 ni bukan perkara mudah dan murah. Ia libatkan kos yang sangat tinggi dan perlukan pelaburan besar.

Jangan sampai nanti dua gajah bergaduh, anak kambing kat tengah mampus kena pijak!

p/s: Tunggu komen staff Proton!

PROTON INSPIRA BARU

on Nov 11, 2010

Proton Inspira baru telah pun dilancarkan pagi semalam di Proton Center of Excellence, Complex KM 33.8 Westbound Shah Alam Expressway, 47600, Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Budiey rasa nak beli satu. Tapi bukan sekarang la sebab duit pun tak cukup lagi. Ahaha. Tak pelah, pakai MyVi pun okay, jugak. Hik.

Bukan apa, Proton Inspira ni rasanya sebijik macam Mitsubishi Lancer. Tak gitu?
Tapi yang penting sekali, memang ramai peminat Proton Inspira tunggu nak beli. Dengarnya, setakat ini Proton telah menerima 1,800 tempahan seluruh negara sejak pre-launching pada 14 Oktober lalu. Purata tempahan setiap hari dalam 100 buah kereta. Bayangkan, memang Proton Inspira ni memang menarik perhatian ramai. Sebab apa? Hahaaa… korang pun tak tahu sebab apa bila tengok gambar-gambar Proton Inspira yang menawan kat bawah ni. Gambar diambil dari Paultan. Sila kasi kredit.


Proton Inspira

Budiey dengar jugak, jimat la kalau beli Proton Inspira ni sebab security tint diorang akan kasi free.
Majlis pelancaran Inspira telah dilancarkan bersama Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir. Majlis turut diserikan dengan kehadiran, Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Menurut Datuk Syed Zainal, Proton sedang merancang mengeksport komponen Inspira tahun depan. Syed Zainal berkata Mitsubishi Motor Corporation telah komited untuk membeli komponen yang dihasilkan di Malaysia untuk tujuan dieksportkan ke negara-negara lain, terutamanya Thailand, untuk model-model Mitsubishinya.

Video masa sidang media:



Inspira, model terbaru Proton ialah model sedan bersaiz sederhana empat pintu yang diperkenalkan bagi mengukuhkan dan meningkatkan segmen atasan yang ditawarkan dalam rangkaian model-model Proton.

Proton telah mengurangkan harga model-model Inspira sambil mendakwa ia adalah hasil daripada penjimatan kos pengeluaran. Syarikat turut menegaskan yang kenderaan itu adalah hasil daripada kerjasama pengeluaran peralatan asli dengan Mitsubishi Motor, dan bukannya “rebadging”.

Model transmisi manual 1.8 pada mulanya berharga RM79,888 pada majlis pelancaran awal bulan lepas tetapi sekarang telah dikurangkan kepada RM78,999.
Model auto 1.8 liter pula bermula pada harga RM87,000 dan telah diturunkan kepada RM84,999 bersama-sama dengan model auto 2 liter yang menyaksikan penurunan kepada RM91,999 daripada RM94,000 sebelumnya.

Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata Proton menurunkan harga-harga ekoran penjimatan kos daripada model-model yang dihasilkan di kilang yang sama dengan Exora. Beliau turut mempertahankan kerjasama Proton dengan Mitsubishi Motor dalam menghasilkan Inspira sambil menyatakan ia merupakan amalan industri.

Proton telah mensasar untuk meningkatkan komponen tempatan dalam Inspira kepada 60 peratus dalam tempoh setahun daripada 40 peratus pada masa ini.
Sama ada Proton akan terus mengurangkan harga jualan Inspira jika kenderaan itu mencapai 60 peratus dalam komponen tempatan, menurutnya, masih terlalu awal untuk menyatakannya.
Ramai juga yang suka Proton Inspira ni sebab ada manual 1.8. Mana nak carik? Jadi kepada yang mengidam nak beli Lancer tapi takde duit macam Budiey, Proton Inspira adalah pilihan yang tepat.

Nah, kepada yang nak beli Proton Inspira. Ini dia senarai harga rasminya:

Proton Inspira 1.8 M/T – RM78,999
Proton Inspira 1.8 CVT – RM84,999
Proton Inspira 2.0 CVT – RM91,999


Proton Inspira


Proton Inspira


Proton Inspira


Proton Inspira


Proton Inspira


Proton Inspira




http://www.budiey.com/gambar-proton-inspira-terbaru/

Sah! Proton Inspira, harga dari RM79K

on Oct 14, 2010

WarkahDaily – Penulis telah pun diketemukan satu ‘scan brochure’ Proton Inspira yang telah dibocorkan orang tertentu yang mungkin ada hubungan dengan penjualan proton (nak bagi gempak tu, lagi ramai orang tempah maa..ehe).

Dah jelas katt brochure tu terpapar nama Proton Inspira.

(Teman nak mintak maap kat arenakereta.com pasai teman ‘curi’ hangpa punya gambar brochure tu. Jangan marah ye..ehe)

Namun, sehingga hari ini, kerahsiaan model baru Proton itu tidak lagi enjadi tanda-tanya bagi peminat Proton kerana banyak laman web, blog dan forum duk taruk gambar beserta komen-komennya (dah tak jadi surprise lagi dah..).

Dari segi rupa paras kereta tu dah tak jadi masalah dah, memang memenuhi citarasa peminat Proton ala Mitsubishi Lancer tu. Sekarang orang duk tanya pasal harga pulak. Apakah betul-betul berbaloi dengan apa yang diharapkan?

Kalau lihat kepada harga kat brochure tu, harga bermula RM79,xxx tapi bergantung kepada variannya sebab proton pengganti bagi Proton Waja itu akan mengeluarkan varian 2.0.

Kalau ikut harga yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia, Proton Inspira akan dijual pada harga di bawah RM80,000 seunit bagi enjin 1.8 liter dan bawah RM95,000 bagi enjin 2.0 liter.


Proton Inspira RM79,888 dibuka untuk tempahan


Proton Holdings Bhd memperkenalkan Sedan baharu empat pintu bersaiz sederhana "Inspira", dengan harga permulaan pada RM79,888 dan ia bukan model pengganti bagi Waja.

"Waja sedang dihentikan. Ini bukan pengganti," kata Pengarah Urusannya Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir di pelancaran awal edisi terbaharu produk Proton itu di Subang.

Beliau berkata model baharu itu adalah hasil daripada perkongsian jangka panjang Proton dengan Mitsubishi Motors Corporation (MMC).

Kerjasama dengan MMC untuk menghasilkan Inspira membolehkan Proton menjimatkan banyak masa dan dana, katanya. 

"Daripada padangan syarikat ia lebih murah," katanya sambil menambah kos untuk membangunkan sebuah kereta yang benar-benar baharu ialah kira-kira RM700 juta.

"Ia kerjasama sama-sama menang bagi Proton dan MMC," katanya.

Tempahan bermula hari ini dengan minimum RM1,000. Mereka yang menempah kereta dari hari ini sehingga 15 Nov akan mendapat perkhidmatan servis dua tahun percuma atau 50,000km pertama.

Pakej servis itu termasuk caj buruh percuma dan alat-alat servis bernilai RM1,658 bagi kereta tersebut yang akan dilancarkan pada 10 November. 

Proton menawarkan penghantaran berubah berterusan (CVT) dengan sistem kawalan elektronik kenderaan pintar dan inovasi (INVECS-III) dalam varian Inspira.

Antara ciri-ciri praktikal yang boleh diharapkan pelanggan daripada model baharu ini termasuklah kruis auto, lampu automatik dan pengesan hujan, sistem penyaman udara automatik penuh dengan sistem kawalan cuaca bagi penumpang dihadapan dan belakang, dan beg udara keseluruhan bagi keselamatan penumpang. 

Proton menyasar menjual 1,600 unit Inspira sebulan.

"Pasaran bagi kereta Segmen-C ialah kira-kira 5,000-6,000 unit sebulan. Oleh itu kami menyasar 1,600 sebulan kerana ia bernilai bagi wang," kata Syed Zainal.

Beliau berkata syarikat itu juga menyasar mengeksport Inspira, "tetapi kami akan terlebih dahulu memastikan kestabilan pengeluaran." 

Inspira tampil dengan empat warna -- Putih, Hitam, Perak dan Merah.

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List