HEBAT NYA MALAYSIA.....ADA DUA TEAM DALAM FORMULA ONE.

on Dec 11, 2010

Lotus vs Lotus dalam Formula One. 






Wow...!! Ala warung tomyam. Nampaknya Proton yang berpatah arang dengan Lotus  Racing Team dan gagal "mengambil balik" nama Lotus yang digunakan oleh pasukan F1 milik taukeh Air Asia kini mengumumkan pengambil-alihan pasukan Renault untuk membentuk pasukan Lotus Renault GP.

Menariknya, Lotus Racing Team yang musim lalu menggunakan enjin Cosworth akan menggunakan enjin Renault pada kejohanan Formula One musim depan. Maknanya ada dua team Lotus+Renault atas sirkit F1 mulai tahun depan. Satu milik taukeh AirAsia dan satu lagi milik Proton. Khabarnya kedua-dua team ini akan guna warna tema yang sama - Hitam dan Emas! Wow...!! Hebat Malaysia!

Teringat pula gaya orang kita berniaga kat food-court. Apabila nampak kat sebelah jual tomyam laku, masing-masing pakat nak jual tomyam yang akhirnya semua jual tomyam. Yang nak jual nasi lemak tak ada. Akhirnya tomyam tak laku. Haha...

Inilah gayanya orang kita. Sebab tak puas hati tak dapat miliki nama Lotus  Racing Team, Proton si pemilik syarikat pengeluar kereta Lotus Group di UK buat team F1 sendiri dengan beli Renault Team. Sebelum ini, Lotus  Racing Team dimiliki dan didaftarkan oleh seorang individu  - David Hunt yang kemudian dibeli oleh Tony Fernandez & Friends.

Model kereta Lotus Renault GP musim 2011. Khabarnya kereta Lotus Racing Team pun guna warna hitam & emas.
Aku tak kisah kalau Proton nak masuki perlumbaan F1 lagi bagus sebab Malaysia bakal ada dua team sekali gus tapi yang tak sedapnya dua-dua team Malaysia nama Lotus dan guna enjin Renault. Satu namanya Lotus Racing Team dan satu lagi Lotus Renault GP. Haiii pening...! 

Tapi dalam perlumbaan F1 kes dua team guna nama sama bukanlah pelik sebab setahu aku team Red Bull pun ada dua team dalam F1. Satu Red Bull Racing (RBR Renault) yang jadi juara musim ini dan satu lagi Red Bull (STR-Ferrari). Tapi mereka ada dua team bukan sebab bergaduh tetapi sebab Red Bull buat team sendiri tetapi masih ada kontrak dengan STR yang akhirnya nampaklah ada dua team pakai logo Red Bull. 

Aku harap "persaingan" antara kedua-dua team Malaysia ini memberi impak positif kepada negara dan bukan berlumba kerana masing-masing nak tunjuk terror. Maklum nak sertai F1 ni bukan perkara mudah dan murah. Ia libatkan kos yang sangat tinggi dan perlukan pelaburan besar.

Jangan sampai nanti dua gajah bergaduh, anak kambing kat tengah mampus kena pijak!

p/s: Tunggu komen staff Proton!

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List