PAS TIDAK DIBENARKAN BAWA ISU NEGARA ISLAM DAN HUDUD PADA KONVENSYEN KEDUA DI PULAU PINANG

on Dec 11, 2010


Sebagaimana dijangkakan, Pakatan Rakyat (PR) tidak akan membenarkan PAS membawa isu negara Islam dan hukum hudud pada konvensyen pakatan Rakyat minggu depan , sebaliknya hanya akan memfokus isu-isu kepentingan bersama sahaja
Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata isu tersebut sudah tidak relevan setelah PAS menyertai pakatan rakyat. Jika PR berjaya sekalipun mengambil alih Putra Jaya perkara itu tidak akan dilaksanakan.
Anwar menjelaskan keputusan itu tidak bermakna PR tidak meletakkan keutamaan terhadap soal negara Islam dan hudud.
Hadi yang turut hadir pada sidang media itu tidak mengulas mengenai kenyataan beliau mengenai isu negara negara Islam sebelum ini.
Hadi juga enggan mengulas laporan mengenai isu bukan Melayu ditawarkan jawatan timbalan perdana menteri jika PR menguasai pilihan raya umum ke-13.
“Kami akan ikut apa yang termaktub dalam Perlembagaan dalam soal ini. Kami belum menang lagi ataupun menerajui kuasa (pemerintahan), jadi kami tidak boleh melakukannya, tidak boleh bercakap mengenainya lagi. Kami akan lakukan mengikut Perlembagaan Persekutuan,” kata Hadi.
“Jawatan timbalan perdana menteri tidak dibincangkan dalam mesyuarat majlis presiden hari ini, kecuali kami bersetuju bahawa apa jua pelantikan yang akan dibuat adalah berdasarkan pada Perlembagaan,” kata Lim Kit Siang pada sidang media itu.
Anwar juga berkata PR belum lagi memutuskan mengenai logo rasmi mereka.
Tambah beliau, ketiga-tiga parti belum memutuskan perkara itu lagi.
Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan mengapa persetujuan gagal dicapai mengenai isu itu sehingga kini.
Berhubung soalan mengenai peruntukan kerusi pilihan raya umum ke-13, Lim berkata, PR belum sampai ke tahap itu lagi.
“Kami belum sampai tahap itu lagi, kami belum berbincang soal peruntukan kerusi yang sebenar dan kami akan menguruskannya selepas konvensyen,” kata Lim yang juga Penasihat DAP.
Anwar juga berkata, konvensyen PR kali ini akan memfokus agenda PR dalam memahami Perlembagaan dan juga isu-isu ekonomi dan pendidikan.
“Mengenai (PR mempunyai) dasar ekonomi formal, kami masih meneliti draf akhir tetapi apa yang kita boleh lihat ialah adanya satu konsensus dalam sesetengah aspek ekonomi, prinsip federalisme dan isu-isu lain yang akan diumumkan nanti, kemungkinan sebelum konvensyen, kerana kami ada mesyuarat majlis kepimpinan PR Rabu ini di (bangunan Parlimen),” kata beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen dan Ahli Parlimen Permatang Pauh.
PR yang dibentuk April 2008 merupakan perikatan dianggotai PAS, PKR dan DAP.
Mereka memenangi lima negeri pada pilihan raya umum Mac 2008 dan 82 kerusi Parlimen tetapi beberapa wakil rakyatnya telah keluar parti sejak itu.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List