Cadangan saya kepada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkenaan status pendaftaran Pakatan Rakyat yang selama ini didiamkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) mula diambil perhatian.
Tak sia-sia saya menghantar mesej Twitter kepadanya kira-kira tiga minggu lalu.
Walaupun faham dengan kesibukan beliau menyebabkan saya merasakan mungkin ia dipandang sepi, namun hari ini, Anwar membalas cadangan saya.
Seharusnya, Sekretariat Pakatan Rakyat proaktif dalam menyelesaikan masalah ini menjelang pilihanraya umum akan datang.
Dan adalah diharapkan, perbincangan susulan usai dari pertemuan dengan ROS dapat diteruskan dengan melantik penyelaras khas dan tentunya Saifuddin Nasution atau Tony Pua layak menekan "anjing" KERAjaan Umno-APCO itu!
Terima kasih Datuk Seri!
Terima kasih!/
Pinjam dari :- http://jalanpulang1978.blogspot.com
Pertubuhan Pendaftar Syarikat (ROS) masih berdiam mengenai status penubuhan Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti politik walaupunpermohonan itu dibuat lebih setahun lalu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pendaftar ROS hanya mengadakan satu perjumpaan dengan gagasan itu dan kemudian tidak memberikan sebarang maklum balas mengenai perkara itu.
"Pendaftar hanya jumpa hanya sekali lepas itu dia tak layan langsung, tak peduli, jadi kita akan ambil tindakan susulan," ujar Anwar.
Pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai satu entiti telah tertangguh sejak tahun lalu.
Bulan lalu Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution bahawa Pakatan Rakyat akan membincangkan logo baru bagi gabungan itu.
Beliau berkata parti-parti komponen bersetuju atas logo bersama untuk gagasan itu namun kesal dengan tindakan Pendaftar ROS yang terus melengahkan kelulusan.
"Ia tidak berbangkit sekarang sebab kita dah terima tiga-tiga parti ini. Kalau ada cadangan lain kita boleh anjurkan tapi setakat ini logo seperti di dada saya ini,"katanya lagi.
Sementara itu Anwar menyatakan bahawa Pakatan Rakyat masih memperlengkapkan senarai calon dan pengagihan kerusi untuk pilihanraya umum akan datang yang dijangka diadakan pada suku pertama tahun depan.
"Pengarah pilihan raya dah jumpa dari segi kerangka kerja tentang memperinci pemberian kerusi itu mengambil masa," tambahnya lagi.
0 comments:
Post a Comment