APAKAH YANG TERSURAT DAN TERSIRAT DISEBALIK ENTRI INI.......???

on Dec 11, 2010

PARTI PKR DAPAT GELARAN BARU,PARTI INI ADALAH 3F !!!





Parti PKR yang diterajui oleh Wan Azizah,Anwar Dan Azmin Ali sebelum ini di kenali sebagai parti 3A.sekarang dah jadi 3F...macam kat sekolah jer ada 3A dan 3F ??? saya dapat maklumat ini semalam.

Apa maksud 3F yang saya bagitahu tadi.maksud 3F tu adalah Family atau Parti Anak Beranak.Fraud atau penipuan kerana kalau pemilihan asyik menipu jer dan terakhir sekali Forgery atau pun pemalsuan kerana asyik palsu kan dokumen walau pun tak selalu lah...tapi ada juga lah.hehe..

Disini saya akan rungkai kan apa maksud Family,Fraud dan Forgery. Sila teliti dengan betul adakah maksud ini betul atau salah...


FAMILY

Mula-mula Wan Azizah telah di lantik sebagai Presiden PKR dan Anwar pula di lantik sebagai Ketua Umum ataupun Penasihat tapi saya tengok tak macam penasihat sebab Wan Azizah selalu ikut telunjuk Anwar. Akhir sekali Anak nya iaitu Nurul Izzah pula nak di jadikan cerita masuk dalam pertandingan pemilihan untuk jawatan Timbalan Presiden lepas itu nak bagi Nurul Izzah ni menang untuk jawatan itu tapi tak dapat sebab jawatan itu dapat kat Azmin.



FRAUD

Semasa pertandingan untuk merebut jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan PKR 2010 macam-macam penipuan telah berlaku bagi memastikan Azmin Ali ni menang dapat gelaran untuk Naib Presiden terutamanya di Tawau dan Sandakan sehingga Datuk Zahid Ibrahim pun tertipu dan keluar parti.



FORGERY

PKR juga sanggup memalsukan (forgery) tandatangan bekas setiausaha agungnya sendiri, Datuk Salehuddin Hashim bagi menghalalkan pemecatan bekas Timbalan Setiausaha Agung, S. Jenapala kerana bimbang beliau akan mencabar Azmin untuk mendapatkan jawatan Timbalan Presiden.

Inilah yang saya nampak dalam Parti PKR. Saya meminjam ayat ini dari Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi. Tapi saya pun bersetuju dengan pandangan dari beliau kerana banyak kes telah berlaku dalam parti ini. Adakah kita nak duduk dalam parti itu kalau kita dah nampak kelemahan dari parti itu.


RENUNG-RENUNG KAN LAH....

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List